Thursday, December 22, 2011

Hi-Tea yg terbest di KL

Salam semua!
Sekarang aku tengah sibuk-sibuk dok survey Hi-Tea yang paling best kat hotel-hotel area KL ni.
Ada sapa2 yang sudi me-rekemen-kan kat aku tak kat hotel mana yang mempunyai Hi-Tea yang terbest???
Harga tak kisah brapa-brapa pun.
Sangat-sangat menghargai pendapat anda semua :)

Thanks u olls!

Monday, December 5, 2011

At 2 months old...

Salam!

Huarghhh...tuptaptuptap dah 2 bulan x menulis.
So here's the quick updates bout my baby boy ;)

~genap 2 bulan harini! Happy bday sayang! Semoga panjang umo,murah rezki,sihat sejahtera,semoa jadi anak yg soleh,berjaya dunia akhirat,Ameen ;)

~at 2 months old, baby boy dah pandai melonjak2 bila bagi dia berdiri atas riba.

~at 2 months old, baby boy dah pandai menjerit dalam nada yg tinggi & nyaring terutama sekali bila dia ditinggalkan sorang2 lam playpen. Nak attention la tu! ;)

~at 2 months old, baby boy dah pandai gelak sampai t'nganga2 mulut dia.

~at 2 months old, baby boy dah pandai 'bercakap' bila kita cakap ngan dia. Dengan TV pon dia cakap gak. Dia ingat org dalam TV tu tgh b'cakap dgn dia gamaknye ekekkeke

~at 2 months old, baby boy sangat lah suka naek kereta & jalan2 makan angin. Bila dah pakaikan baju cantek2 kat dia, kalao mommy @ tok tak angkat dukung,mula lah jerit2. Ingat nak tinggal dia kot. Ekkekkeke. Tapi setelah kepenatan jalan2 makan angin,bila balik rumah mula lah dia 'mabuk'. Pastu tidooooo mcm xpenah tido selama sebulan. ;p

~at 2 months old,baby boy suka tengok kipas pusing2. Kalau tgh menyusu,makin khusyuk dia tgk kipas b'pusing.

~at 2 months old, baby boy suka sangat duduk lam car seat & bouncer dia. Kalau dok lam car seat tu,bila kereta jalan kompem dia tido. Kalau kereta brenti,mula la dia restless. Bila kereta jalan balik,dia tido balik. Adoiii la anak aku! ;)

Ape lagi eh??? Tu jelah kot update nye.
Last but not least...


**semasa meneman mommy menghantar daddy pegi keje ;)**

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 13, 2011

Selamat datang sayang ;) - part II

Okeh meh sambung...

1200pm : aku ditolak masuk ke OT sambil di brief oleh doc bius pasal spinal injection. It is similar to epidural tapi jarumnya lebih kecik la. Lebih kurang jarum drip tu. Sempat lagi aku tanye sakit x doc. Doc kata akan rasa la sakit sengal sket2. Sementara tu,en.somi diminta tunggu kat luar sementara doc menjalankan prosedur spinal injection tu.

Bermulalah prosedur yg pada aku agak menyakitkan tu. Macam epidural punya prosedur jugak,aku diminta peluk bantal. Dalam keadaan terketar2 sebab sejuk gila lam OT tu,ade rasa cuak gak,buatnya masa doc tgh nak cucuk tu aku menggeletar,naya je doc t'salah cucuk. Maka dengan itu,dengan sepenuh hati aku menahan kesejukan melampau masa tu. Boleh rasa wohhh bila doc cucuk masukkan ubat bius. Rasa mcm ade benda mengalir pelan2 start dari pinggang,pinggul sampai la peha. Bila aku dah start baring baru la boleh rasa kebas dari pinggang ke bawah. Hilang sume sejuk bila dah baring sbb tilam nye tu suam2 gitu rasa nya. Ihihihihih. Tak lama pas tu en.somi pon dipanggil masuk duduk kat kepala aku. Bermulalah prosedur c-zer. Mula2 aku cam boleh rasa kot apa yg doc tgh buat. Cuci cuci perot sapu iodin bagai kan. Masa tu aku punya la cuak. Aihhh bius ni tak berkesan ke ape?????! Then aku rasa mcm ade pisau lalu tapi tak sakit pon. Rasa mcm kita lalukan pensel mata tajam kat kulit je. Then the doc bius tanye ade rasa pisau kan tapi tak sakit kan. Ha'ah aku cakap. Ok good dia kata. But i tell u,lepas tu rasa mcm2 pressure kat lam perot. Rasa macam ade gerudi lam perot. Ikikikikikik! En.somi setia memegang tangan aku. Aku plak makin lama makin kuat genggam tangan dia. Tahan sakit sikit. Sikit jeee...ikikikiki! Dalam masa yang sama tak putus2 aku baca doa nabi yunus dan tasbih kifarah. Non-stop. Lam seploh menet pas tu,aku dengar baby nanges lam 2 saat gitu and at the same time dengar en.somi sebak sesangat nanges. Then dengar lebih jelas lagi baby menanges dan makin sebak en.somi masa tu. Aku t'haru tapi tak menangis. Just t'senyum sambil memanjat kesyukuran yang tak terhingga pada Dia atas kurniaan yang sangat tak ternilai ni. Masa doc paed tgh uruskan baby,en.somi mintak izin nak gie tengok baby. Aku cakap pergilah ;). Then sebelum baby di bawa ke nursery utk monitoring etc,nurse dtg bawak baby kat aku 'puan,ni baby puan. Cium sket' ikikikikikik. Subhanallah,xkan aku lupakan saat kali pertama aku mencium pipi si kecik yang aku kandungkan selama 40 minggu ni ;')

The whole prosedur dari membius sampaila doc bagitau 'ok dah siap ye,tahniah ;)' berlangsung selama 41 minit brape saat ntah lupa dah. Syukur Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Then aku dibawa ke recovery area utk di monitor selama 10 menet gitu. Dah kompem aku stabil,nurse dari maternity ward datang la amek kan. Sempat jugak cakap terima kasih kat doc bius & doc OBGYN dan dorang pon sempat ucap tahniah sekali lagi ;)

Masa tgh dalam perjalanan nak ke wad, sempat lagi nurse-nurse bagitau 'comel sangat baby!' ihihihih berbunga2 sangat hati ni!

Sesampai kat wad,tak lama pastu mama pon masuk la dgn en.somi. Dua-dua muka happy sangat. Aku...mengantuk tak hingat! Ahahahhaah! Mase tu baby masih dekat nursery. En.somi dah azankan sume dah. Menurut kata mama,en.somi sebak smpi nanges t'esak2 masa tgh azankan baby sampai mama pon nanges ;'). Oowhhhh kalao la aku dapat saksikan saat2 itu...

Sementara nak tunggu baby di bawak ke bilik aku tu,mama soh aku tido dulu n jgn banyak b'cakap. Takot muntah. Owh by the way,mama request utk room in baby sbb dia sendiri nak jaga,mandi,susu kan cucu dia sendiri. Ehehehhe!

Ok,roughly tula dia pengalaman aku melahirkan seorang khalifah Allah ;) sangat2 tak boleh lupakan saat2 itu. Sebenarnye banyak benda yang aku nak ceritakan kat sini. Pasal breastfeeding,pasal post-natal blues,macam-macam. InsyaAllah aku akan post dalam entry akan datang ye ;)

Till then.
Oh sebelum t'lupe,presenting my little sweet heart yang sangat-sangat-sangat saya sayangi ...



Mommy & daddy love you so much,sayang ;')

Selamat datang sayang ;) - part I

Heyyaa!
Ape kaba sume???
Harap sihat sejahtera hendaknye ye.

Ok mari bercerita pasal detik2 kelahiran putera sulung yang tersayang. ;)

5th October 2011,Wednesday
0700am : pagi2 buta dah pening. Kesan daripada tak cukup tido malam nye sbb demam. Pagi2 dah merengek ngan en.somi 'nak tidoooo...nak tidoooo...'

En.somi dah risau. Keluar bilik & bagitau mama yg aku dok pening kepala sbb smlm tak boleh tido. Mama pon dah start risau sbb takot blood pressure tinggi. So we decided utk jumpe my OBGYN lam pkol 9.00am camtu. En.somi ambek EL to bring me to hospital. Sempat mama bagi panadol 2 bijik n sempatla menjamah almond london 6 bijik.

0900am - 1130am : gerak ke spital. Lam 15 menet gak tunggu doc sampai. Bila doc sampai dia t'kejut tengok muka aku. Ikikikiki! Sepatutnya appoinment hari Sabtu,tetibe tersembul hari Rabu. Eheheheh!

Bila masok bilik doc,cerita la sekian-sekian kat dia. Mama cakap takut aku tetibe ade high blood pressure sbb malam semalam tu kan aku tak boleh tido sbb demam + sakit sana sini.
So memang motif pagi tu pegi jumpe doc adelah untuk check samada aku ade high blood pressure @ tak. Since ramai jugak yg tanye,ade sakit2 ke yg pegi jumpe doc tu. Nope,memang xde tanda2 langsung yang aku akan beranak. Contraction ke turun tanda ke. Memang takde.

Ok back to the checking the high blood pressure. Doc check check memang blood pressure normal. Then doc tanya benda laen bila aku cakap aku memang tak boleh tidur sebab sakit kat bawah. Nak pusing kiri kanan pon susah. Then doc cakap jom buat ultrasound.

Bila buat ultrasound tengok2 baby songsang. Then aku tanye la tali pusat kat mana since sebelum ni skejap kat bawah skejap kat atas. Doc check check tengok2 dekat kaki ye u olls.
Then bila doc tanya je 'ade makan ape2 tak tadi?', otometik lam kepala aku kate ni mesti nak operation harini jugak ni. Aku pon bagitau just makan panadol, susu dgn almond london beberapa ketul. Pas dah ultrasound,doc cakap 'tali pusat kat bawah ni,dekat kaki baby. It's too risky. Kene c-zer jugak.' Aku pon otometik tanye,'bila?'. 'Harini jugak. Dalam pukul 1 ke 2 camtu.' Halamak. Rasa mcm takde darah je kat muke. Sebelum ni punya la dok pujuk baby tiap2 hari soh keluar,haa skang dah nak keluar cuak la plak. Alaa stended la tu kan.

Then mama & en.somi pon cakap 'u do whatever it takes la doctor. Yang penting dua2 selamat'. 'insyaAllah ;)' doctor cakap. Pastu ape lagi,terus pegi kat kete amek bag sume yg mmg dah lama standby lam kete. Surat admission pon ade lam bag. Mama uruskan admission while me & en.somi terus naek maternity ward. Lucky me, kawan2 mama ramai yang uruskan aku from A-Z mase dekat labour room. Cucuk sana,cucuk sini,cukoq sana,cukoq sini. Ikikikiki! Maluuuu! ;p macam biasa la kan,aku pon cbok mem-poo poo selepas ubat poo poo diberi. Ahakss! Mase tu en.somi tgh cbok uruskan bag dekat wad.

(mode aku mase tgh kene cucuk drip,urine tube,etc : rase nak patah balik masa! Rasa tanak beranak time tu! Rasa tanak beranak lagi! Ekekekek! Tapi lam hati kate,sooner or later baby perlu 'dikeluarkan' jugak. So layan jelah!)

Ok ade perubahan waktu pembedahan. Masa aku tanya nurse,dorang kata doc nak buat operation pkol 1200pm. Whatt??? Mase tu dah 1115am camtu. Tgh buat CTG. En. Somi yang baru je masok lam labour room mase tu t'cengang2 tanye bunyi ape tu???? Bunyi jantung baby la aku cakap ngan dia. Sengih2 je dia. Maklumlaa sebelum ni masa check up mmg en.somi tak pernah ikut.

Mase tgh cbok2 nurses menguruskan aku,aku tanye gak husband boleh masok OT tak. Then dorang kate selalunye kalao emergency c-zer doc tak bagi ;( alaaa sedey la camni!

1145am : aku pon ditolak ke OT,mama & en.somi pon ikot sama. Perasaan aku mase tu : takde rasa takut pon. Siap maen peace2 lagi ngan mama! Ahahaha! Mama pulak yang cuak semacam. Sesampai je kat OT,mama terus cakap ngan dak2 OT kate en.somi nak masok skali. Sementara staff OT nak transfer aku dari katil wad ke katil OT tu, en.somi pegi tuka baju pakai baju OT. Tapi aku xberapa perasan masa tu. Yang aku tau pas aku ditolak masuk ke kawasan OT tu, aku ditinggalkan sorang2,dengan tetiber muncul satu 'doctor' ni dah siap pakai baju operation datang menyengih2 kat aku. Lam hati aku apehal doctor ni sengih2,nak kate doc yg nak operate aku,laen bebeno mukenye. Laaaa rupe2nye laki aku! Ahahahhahaa! Sumpah laen gila sbb dia siap pakai topi operation tu skali! Ihihihihi!

Huh! Panjang nye crite! Nanti sambung lagi lah! My lil buah hati dah bangun ;) tunggu part II plak eh ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 9, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur saya telah selamat melahirkan baby tersayang pada hari rabu, 5 October 2011 via c-section.

Cerita selanjutnya akan menyusul tak lama lagi ;)

Mode : obses dgn anak sendiri,rasa tak sanggup langsung nak bagi org laen pegang,seriously! Rasa nak nanges tgk org laen pegang anak saya T_T

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 1, 2011

How could you... T_T

Sejak 2 menjak ni banyak sangat aku tengok kat FB gambar2 tagged yang menunjukkan gambar2 janin yang digugurkan.
MasyaAllah...
Yang paling aku tak boleh terima,satu gambar tu menunjukkan gamba janin-janin (yes,i mean more than 1 janin) yang sedang diuruskan oleh kakitangan sebuah hospital di negara jiran kita,Wallahualam btol @ tak.
Wallalhualam juga aku tak pasti apakah alasannya janin2 yang tak berdosa ni digugurkan mcm tu.
Dalam gambar tu kan ade banyak sangat janin2 yang digugurkan yang baru je dimandikan dan ade jugak yang dah dikafankan kemudian ditag kan dengan nama,no. IC ibu kepada janin tersebut,kemudian ade skali bila tarikh & masa janin tu digugurkan.
AllahuRabbi.
Sebak nye Tuhan je yg tau bila aku baca penerangan pasal gambar tu.
Sampainya hati si ibu2 roti tu menggugurkan makhluk Allah yg tak berdosa ni.
Tergamaknye dorang ni buat camtu.

Ya Allah sedihnya...
Dorang ni takde rasa sayang ke kat baby dorang???
Takde rasa kesian ke kat baby2 tu?
Mana letaknye sense perikemanusiaan manusia2 ni???
Astaghfirullahal'azim...

T_T

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 27, 2011

Of 1 week before EDD

Huh! More or less lagi seminggu lagi nak beranak dah.
Dalam keadaan sekarang ni,aku rasa mcm nak beranak sekarang jugak.
Kenapa?

Yg pertama of coz laa sbb dah tak kesabaran nak menatap anakanda tersayang yg selama ni dok maen
tendang2 gerak2 kat lam perot ni.
Dah beberapa malam dah aku mmg tido tak lena.
Pusing sini salah,pusing sana salah.
Tdow melentang salah,tdow mengiring...lagi la hazabedah!
Naseb baek ade en.sang suami yg banyak menenangkan daku yg kegelisahan setiap malam nih!

Yang ke duanya,sebab pengaruh dari 2 org kawan aku yg baru je beranak baru2 ni.
Yang sorang tu beranak at 36 weeks,lagi sorang beranak at 8 months.
Haaa tak cukup bulan dan baby nye sekarang berada dekat ICU sebab kene bernapas pakai mesin bantuan pernapasan.
Fath,kalo ko baca entry aku ni,aku doakan semuga ur lil girl cepat2 boleh bernapas dgn sendirinya dan keluar dari ICU tu,Ameen ;)

Faktor ke-3 yg membuatkan aku rasa nak beranak sekarang jugak ialah kerana aku takot kang baby pusing kepala ke atas balik.
Hadehlaaaa.
Sabtu baru ni check Alhamdulillah kepala ke bawah,uri & tali pusat dah kembali normal.
Syukur ya Allah.
Tapi bila aku tanya doc samada baby boleh pusing lagi tak,doc cakap boleh.
Sebab...baby blom engage!
Hallamakk sayang.
Bila nak engage ni sayang?
Seronot dok lam perot mommy ke?

Last nite,bila en.hubby dok sapu aor akar fatimah dekat perot boyot ku ini,en.hubby cakap mcm boleh rasa kepala baby dekat atas.
Pulakkk...
Bermula lah upacara pujuk memujuk anakanda yg tersayang ni untuk berada di posisi yg betul.
Of coz la setiap bakal2 ibu berharap supaya boleh beranak secara normal
Kan.
So do I.

But whatever it is,seperti apa yg dikatakan kaum keluarga,sahabat handai,pembaca2 blog aku yg tak seberapa ni,tak kisah la beranak normal @ c-zer pon,as long as baby & mommy selamat semuanya,Ameen Ameen ya Rabb.
Terima kasih yg tak terhingga pada yg mendoakan.
Hanya DIA yg mampu balas jasa kalian.
Ameen ;)

Ok lah,till then.
Nanti sambung lagi.

(p/s : doakan baby saya engage & saya dapat melahirkan baby secara normal ya! Ameen...)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 21, 2011

Meydey! Meydey!

Meydey! Meydey!
Nak tanya sket kat anda2 yg membaca entry ni pasal proses pendaftaran kelahiran kat JPN.
Salah satu dokumen sokongan yang diperlukan adelah Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung.
Now the thing is,aku takde pon menda alah ni.
Monthly check up selama ni mmg takde sebarang dokumen diberikan oleh dokter pada aku.
Just ada kad appoinment jela.
Rekod pemeriksaan semua ada kat dokter.

So ape dokumen yg perlu dibawa untuk menggantikan dokumen yang satu ni masa nak buat pendaftaran kelahiran nanti ye?

Mintak nasihat pada yg arif / berpengalaman pasal benda ni untuk penjelasan lebih lanjut.

Terima kasih.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 17, 2011

Umbilical cord prolapse







Umbilical cord prolapse happens when the umbilical cord precedes the fetus' exit from the uterus. It is an obstetric emergency during pregnancy or labor that imminently endangers the life of the fetus. Cord prolapse is rare.[1] Statistics on cord prolapse vary, but the range is between 0.14% and 0.62% of all births in most studies.[2]

Cord prolapse is often concurrent with the rupture of the amniotic sac. After this happens the fetus moves downward into the pelvis and puts pressure on the cord. As a result, oxygen and blood supplies to the fetus are diminished or cut-off and the baby must be delivered quickly
. - source : wikipedia.com

Kenapa tetiba je cakap pasal umbilical cord prolapse ni?

Masa pegi weekly check up tadi, at 1st I was wondering kenapa lama sangat doc ni buat ultrasound kali ni.
At one point,dia dok fokus dekat lower abdominal pastu dia dok check ntah apa ntah yg selama ni dia tak penah buat pon.
Siap keluar kaler biru oren bagai dekat screen.
Doc didn't say anything yet.
Tapi sblm tu dia ada cakap yg baby dok melintang kat atas,kaki kat bawah.
Aku dok ingat songsang biasa je.
Pas dah abis semua,baru dia bagitau : 'kalao baby dok melintang ni bahaya tau. Plus dia punya tali pusat dok bawah plak. Normally c-zer kalao kes camni'
Masa tu, I was like : 'ok relax'
Mak aku plak yg agak tau pasal benda2 ni : 'betul doc,bahaya tu...buatla ape yg patut doc. Nak admitted sekarang ke?'
Tapi doc cakap,kita tunggu sampai next week,takkan nak admitted smpi 2 minggu.
But doc did warned me kalao ade turun tanda ke,ade sakit2 sikit ke immediately dtg hospital.
Aku ade tanya jugak,slalunye senario camni Baby boleh pusing balik tak & tali pusat tu beralih ke atas ke.
Doc cakap memang boleh,tapi my baby dari awal lagi kedudukan dia tak menentu.
Macam last 2 weeks kepala ke bawah.
Pastu ni melintang plak.
Takot kang by the time nak full term kang,dia songsang balik.
Betul jugak.
Utk aku yg tak brapa tau ape risiko nye pada mula2, rilex jela. Blur pon ada.
Macam 'ok,c-zer pon c-zer lah'.

Then on the way balik umah, called hubby dan bgtau dia pasal ni.
Dia t'diam sekejap.
After a while baru dia bersuara : 'c-zer pon c-zer la sayang,yg penting baby & awak selamat'
Ok,masa tu tak rasa apa lagi.

Sesampai je kat umah,aku pon meng-google perihal umbilical cord prolapse ni.
Hasilnya,dapatla informasi mcm kat atas tu.
Now only aku sedar yang umbilical cord prolapse ni boleh membahayakan nyawa baby.
Tetiba plak tgh2 baca wikipedia tu hubby call,cakap kesian baby.
Ok, baru skang aku terasa.
Terasa nak meraung!
Tapi cakap ngan hubby buat2 mcm xde apa dulu.
Tapi tgh2 tgk tivi tadi,seriously nak menangis gila mengenangkan anak ku dalam perot ni.
Kalao boleh esok jugak nak soh doc keluarkan dia.
Astaghfirullahalazim...

Tak ada kata2 yg boleh gambarkan betapa risaunya aku sekarang,betapa sedihnya aku bila pikirkan pasal baby.
Harap2 ianya tidak berlaku sampai tahap ni, Ameen.

Aku hanya mampu b'doa pada DIA,selamatkan la anak ku ini, Ameen ya Rabb. T_T

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 13, 2011

Besaarrr punyee!




~Gambar : google sudey~

'eh why ah ur belly suddenly besar one???' (baca sambil buntangkan mata anda mcm tak penah nampak perot besar org mengandung!)

Ayat pertama yg terpacul dari molot kecik team leader aku sebaek saja aku melangkah masok ke opis selepas bercuti raya selama seminggu haituh.
Aku pon t'tanya2 lepas tu,xkan dalam seminggu perot aku tetibe besau?!
Team mate aku plak kate,'u mesti makan banyak kan mase raya...'
Eh tak jugak. Dalam keadaan menyarat macam skang ni aku dah xmampu dah nak melantak mcm org xpenah jumpa makanan sebulan. Sangkak perot weh!
Tapi sebelum statement2 seangkatan mcm tu t'keluar dari mulut org sekeliling pon,aku ade la jugak t'sedar mase pagi nak pegi keje tu bahawasanya baju kurung yg aku pakai longgar seminggu sebelum raya dah semakin 'mengecut' tambahan kat bahagian perot. Erk!
Ngadu kat encek somi,katenye 'biaselaaa dah nama pon mengandung,dah 9 bulan pon kan...'

Tapi btol la,aku rasa mcm perot aku tetibe membesar dengan jayanya!
Ok aku adelah t'golong dlm kategori size berlebihan. So normally di awal2 pregnancy (in fact smpi masuk 8 bulan pon) memang org xkan perasan aku mengandong.
Makcik aku dah pesan awal2,mule2 mmg org xperasan,tunggu dah masuk 9 bulan nanti,macam merandong kembar!

Dan atas sebab itu jugaklah,jiran aku berkata-kata mcm ni : 'akak mcm mengandung kembar laaa'
How i wish la aku ni menrandong kembar jugak dek nonnn!
Tapi yang satu di dalam ni pon dah cukup untuk aku panjatkan kesyukuran tanpa henti pada DIA.

Sebab tu la salute habis org yg mengandungkan kembar 2 atau lebih dari itu!
Salute! Salute! Salute!
Anda memang hebat.
Tak tercapai akal aku memikirkan tentang betapa beratnya perot yg ade lebih dari 1 baby kat dalam tu kan.
Dengan pressure sana sini nye lagi.
Nak tido gaya serba tak kena je.
Aku yang tak mengandung kembar ni pon alahaiiii,mcm dah tak larat nak jalan dah rasanya.
Terkengkang-kengkang tahap maksima dah.

Kaum2 adam di luar sana,hargailah isteri2 anda sebab sesungguhnya bukan senang nak membawak badan semasa mengandungkan anak2 anda.
Nak beranak tu lagi satu hal la.
Tak payah cerita la kan.
Ade yang dapat tengok bini beranak depan mata tu,haaa lu pikirla sendiri pengorbanan si isteri melahirkan anak.

Ok berbalik pada si perot besar.
Fuh! Baru sekarang aku rasa yang aku ni mengandong.
Sebelum ni rasa gak,tapi xdela mcm rasa obvious sangat especially tang perot ni.

Tapi kan,ade jugak yang cakap camni :

Makcik A : dah brape bulan dah?
Aku : 9 bulan cik,tgh tggu masa la ni...
Makcik A : ooo yeke...xperasan sangat kan perot awak,sbb awak besarkan...
Aku : haaaa la tuh.

Tak kisahlah,yang penting mmg aku rasa pon yang perot aku ni besarrr punyaaa!
Btol la cakap encek somi,dah nama pon 9 bulan,anytime boleh bersalin pon kan.
Ha'ah memang ar!
Baju tak bungkus hape lagi nih!
Adoilaaaa.
Mane tak nya,asal nak pack baju je balik keje lambat,balik2 terus membongkang.
Asal nak pack baju je, nak rehattt. Time balik awal ni la nak rehat cukup2.
Hehhhh! Bila ntah nak packing.

Haaa lagi satu pasal air akar siti fatimah.
Anda2 di luar sana ade tak minum air akar ni masa nak bersalin dulu?
Aku baca banyak version sangat la pasal air akar ni.
Ade yg kata boleh start minum dari 8 bulan la bagi senang dilate.
Ade yg kata jgn minum awal2 la sbb takot nanti contraction yg lebih,servix tak bukak. Better masa dah dilate 4-6 cm and above la.
Ade yg kata start rasa sakit contraction je dah boleh minum air tu.
Tak tau lah nak ikot yg mana satu.
Ada sapa2 tau yg version betul2 punya tak?
Marilah share dengan saya ;)
He'eh!

Ok lah,dah melalut mcm nenek tua.
Nanti aku menaip lagi di next entry.

Xoxo
Yours truly.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 3, 2011

Puan kembang setaman!

Holla luvlies!
1st of all syukur syukur syukur Alhamdulillah sebab aku tak terberanak di kampong. Ihikss!
Alhamdulillah enjoy sangat raya tahun ni,semua pak2 & mak2 sedara berkumpul kat kampong.
Dan yg paling best, baru aku sedar yang aku dah pesat mengembang setaman! Hikks!
Baru sedar ye!
Patutlaa pak usu aku terkezut monkey tengok aku selepas setahun tak berjumpa! Ngahahaha!

Camne aku boleh plak baru sedar yang aku dah mengembang setaman ni???
Masa kat kampong tu,aku sempat la menyinggah ke rumah cikgu kesayangan aku & encek suami semasa kami di sekolah dulu.
So dah nak balik tu sempat la ambek gamba kan ngan cikgu aku tu. Selepas gambar di snap oleh encek suami,aku pon nengok la balik gamba tu & danggggg! Humangaiiiii!!! Awatlaaaa kembang sangat aku weh?
Hah! Sendiri bagi kembang,sendiri tanya pulak! Ngehehehehe!

Setelah gambar tersebut di upload ke FB,hah bermacam2 respons la dari kawan2 kan. Ahahahhaha! Ade yg terus sms pas tengok gamba tu! Miahahaha! Adehlaaa...ni yg bertekad nak menguruskan diri dengan jitu nye ni lepas bersalin nanti nih T_T
Humangaiii...seriusli,scary gila weh tengok gamba sendiri. Baru sekarang aku sedar! Ya Salammmm!

Disebabkan kembang setaman ni la,ramai yang menjangka aku akan bersalin sebelum EDD. Aku tengok kaki aku yg bengkak semacam ni pon aku rasa mcm 'haih,da nak beranak ke aku nih???'. Bag haprak pon tak packing lagi!

Waaaa dah nak beranak! Tatotttt!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 27, 2011

Salam Lebaran

Hi sume pembaca-pembacaku!
1st of all...
Sempena hari baek, bulan baek ni, di kesempatan ini ingin daku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua.
Maafkan andai ada terkasar bahasa, tersalah tulis, tersalah kata...
Ihikss!
Puasa pon tak habis lagi dah sibok buat ucapan raya.
Mana tak nya, start dari balik keje hari Jumaat lagi dah terasa macam esoknya nak raya.
Padahal ade lagi 3 hari lagi nak raya.
Eheh!
Kat FB plak jangan cakap la kan, berderet2 ucapan raya kat status memasing.


Owh! Aku sedang menunggu kereta untuk diservis sekarang ni.
Maklumlaa...nak jalan jauh pulang ke kampung la katekan. Jauh ke tepeng tu??Heekss!
Korang ade servis tak kereta sebelum balik kampung?
Sebaiknya buatlah servis dulu kan sebelum anda2 semua ingin memulakan perjalanan yang jauh.
InsyaAllah semuga selamat sampai ke destinasi masing termasoklah aku sekeluarga nanti.


Camne la agaknya melalui perjalanan pulang ke kampong nanti kan?
Yela, 1st time ni jalan jauh tengah2 pregnant ni.
Kawan2 laen sibok suruh bawak bag hospital siap2.
Ihiks!
Hakikatnye, satu hapa pon aku tak packing lagi.
Ades....

Ada betulnya kata kawan2.
Buatnya terberanak kat kampong nanti!
Heshhh!!!
Mintak simpang!
Berdoa yang baek2 aja.
Baby nanti balik kampong behave dekat dalam ye sayang.
Kita raya puas2 dulu, makan lemang, ketupat, rendang, pegi open haus kawan2 & sedara mara mommy & daddy dulu ok.
Ihihihi!
Tapi pada aku, kalau dah masuk minggu ke 36 nanti nak bersalin pon aku dah tak kisah.
Tapi tapi lagi! kalau boleh biarla full term.
Tapiiiii lagi2 tapi! masalahnye sekarang, aku berjalan pon dah maen seret2 kaki je dah ni.
Dah tak larat nak angkat kaki lagi.
Kat 'bawah nunn' jangan kata la.
Sengal nye DIA je yang tau.
Tapi nak buat cemana, tahan kan aje sementara nak menunggu hari yang dinanti2kan tu tiba.


So far tahun ni adelah tahun pertama beraya sebagai isteri orang & bakal mak orang.
Perasaan??? Seksaited la u olls!
Seksi sbb pakai baju raya dengan perot memboyot seksi ke perot boyot?! + eksaited sebab bakal beraya dengan family in law & bermaafan dengan suami di hari raya nanti.


Ok lah!
Dah tak tau dah nak taip apa lagi.
Fikiran dah melayang ke kampong halamanku yang tersayang lagi dirindui XD


Sekali lagi di sini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat pembaca2 & penyinggah2 blog ini :)
Jangan segan2 singgah & baca blog ni lagi ye!
Owh lupa!
Buat yang memandu untuk pulang ke kampung, memandu berhati-hati ya.
Ingatlah keluarga yang tersayang yang menantikan kepulangan kita kat kampung tu.
Kalau mengantuk singgah sahur R&R dulu cuci2 muka ke, sapkok ke buat smoker2 tu merokok membahayakan kesihatan! , minom air milo ke hohoholicks ke, time2 perayaan ni kan banyak minuman free kan kat R&R.
Dah hilang ngantuk baru sambung perjalanan ye.
Jangan lupa jugak, sebelum gerak dari rumah tu, check dulu air kete sume ye.
Heh! Panjang berjela dah aku bebel.
Semoga selamat ke destinasi yang dituju!


Last but not least, selamat melayan lagu raya nih!




Pen-off!

Thursday, August 11, 2011

Burger Bob, Keramat AU5 ~ the review

Hi u olls!
Ok lah, hainih nak buat review sket pasal Burger Bob @ Burger Bobby simpang 3 @ apa2 je lah nama yang org dah bagi kat burger bob ni!

Seperti yang anda2 semua sudah sedia maklum,sebelum ni mmg dah ada banyak review pon dari customer2 burger bob ni t'masoklah review dari bangsar babe. Kalao korang google burger bob keramat @ burger bob au5, etc...korang akan dapat tengok review2 nye lah kan. So far la yang aku tengok,kebanyakkan nye review yang positif. T'masokla aku yang nak bagi positif review pasal burger bob ni.

Ok, it started when I saw one of my ex-colleague punya FB status pasal dia makan bob burger,the best la yadayada!
Then, dek naluri seorang pencinta burger macam aku ni bila tengok org ckp pasal burger best la,ape la...dengan sepantas kilat aku pon google search 'burger bob au5'.
Macam2 review la yang keluar t'masoklah vlog dari bangsar babe pasal burger bob ni.

Setelah me-review review2 dari burger bob punya customer ni,aku dapati antara keistimewaan burger bob ni adelah seperti berikut :

1) burger dia supermassive! Besar! Gabak! Blablabla!

2) blackpepper sos yang Bob the owner gunakan di-inspirasi dari blackpepper sos burger prosperity mcD. Kira nye dia buat sendrik blackpepper sos tu.

3) selalunya bawang yang digunakan oleh stall2 burger lain adalah bawang mentah kan. Tapi utk burger bob, bob akan goreng dulu bawang tu dengan butter dan home made sos jugak kalau tak silap. Tapi i tell yuuu,bau bawang goreng tu saja dah buat aku t'liur. Ok,gonna review on the t'liur + sedap + sume mak nenek pasal burger ni kejap lagi.

4) Sos yang super-duper-banyak! Sos cili, blackpepper sos,mayonis,thousand island...u name it! Meleleh2 la!

Ok back to my personal review...

~ indeed...the burger sangat-supermassive! Padat jadinya polisterin burger tu. 1st time makan,aku xtau nak angkat burger tu dari mana! Agagaga!



See! Menjejeh-jejeh sampai t'keluar abes salad tu pon dari polisterin tu.
Ini dari pandangan atas sahaje ni. Pandangan dari sisi penuh burger ni aku xde. Sebab...

~ Once ko dah angkat burger yg supermassive mcm ni, dengan sos yg menjejeh-jejeh,kompremmmmm tangan comot pastu! Blom masok mulut lagi! Sbb tu aku prefer makan burger ni kat umah walopon kat stall burger bob ni ade disediakan beberapa meja & kerusi utk melepak. So that is one of the reason aku xde masa / x berkesempatan nak amek gambo burger ni dari sisi tepi sbb t'lalu bizi nak makan, nak bercomot-momot bagai.

~ seriously,bawang goreng dia...terbaek!!! Bau dia,humangaiiiii...menusuk kalbu jiwa raga! Eheks! Betol weh...honestly,aku tak sukaaaaa bawang! Aku tak makan bawang. Selalu beli burger mmg aku mintak tak nak bawang. Tapi sbb aku baca org lain punya review kata bawang goreng tu sedap,aku pon nak try jela kan. Kalao xbley blah,pas je kat encek somi. Ape benda yg dia xtelan...kalao kayu batu dia boleh makan pon dia akan makan. Heekkss!
Ok2,kembali kepada cerita bawang goreng, selepas membau bawang goreng yg sangat sedap baunye itu, aku pon try la makan nye sikit dulu. Ternyata,mmg sedap! Aku yang xmakan bawang ni terus jadi makan bawang, tapi bawang goreng burger bob je! Ahakkss!



~ bila enceksomiku-yang-takberapaGila-nakmakanburgermacamaku cakap burger bob mmg sedap,maknenye memang sedap lah! Sblm ni dia dah penah try burger Om kat ampang tu. Dia kata biasa je. Aku yg lelebih kate burger tu sedap. Tersaiko dengan review2 org laen la kate burger Om no.1 best lam mesia. No! Pada aku sekarang burger bob no.1 sedap lam mesia selagi aku blom rasa mana2 street burger laen yg lebih sedap dari burger bob. Heeeeksss! Obses nye bunyik! Ahahahhaha!

~ 1st time aku order dgn burger bob ni adelah melalui phone order. Sbb aku ade baca satu review ni cakap, 'please expect delay as queue can be reasonably long'. Katenyeee. Aku pon gigih la kol si bob kate nak order this & this and pick up at 9 pm. Mase tu aku kol mase on the way balik keje. Dia amek order and just said OK! Eksaited gila lah masa tu! Agaggaggaa! 2nd time plak,aku order via sms. Bgtau nak order apa n nak pick up at what time. Sampai masa,aku sampai stall bob,burger dah siap! Masih panas berdentum! See,jimat masa aku kat sini.

Kalao ikotkan,masa aku smpi nak collect burger tu,org xberapa ramai. Tapi dengan tetiba je, org ramai plak yg dtg. Lucky me, dah order siap2! Yess!

Setakat ni aku baru cuba dua jenis burger. My personal fav is chicken double cheese burger. Dia adelah burger ayam double special tapi di tengah2 lapisan ayam tu dia letak cheese. Burger laen yg aku penah try ialah Tiesto Single Cheese Special Prosperity & Lambo Single Cheese Special Prosperity. Beza nye ialah Tiesto tu kambeng & Lambo tu lembu.

Next time maybe nak rase bangsar-babe burger plak. It is actually daging burger petak yang mana aku dapat tau dinamakan burger bangsar-babe sbb bangsar-babe penah buat review pasal burger bob & sejak tu sambutan burger bob semakin menggalakkan. Wallahualam...

So that's it pasal burger bob.

And pada sapa2 yang nak mencuba, saya sangat2 merekomen burger bob ni.
Ni address & bob's phone number FYI.

Location :
No.5 Jalan AU5C/1
Lembah Keramat KL

Phone number :
013-640 2237

BBM :
227540DD

Operating hours :
4PM - 5 AM
1PM - Sahur (Bulan Ramadhan)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 8, 2011

Isnin yang kebiruan

Alhamdulillah masih mampu bertahan untuk berpuasa selama 8 hari ni.
Harap-harap tahun ni cukup la 30 hari aku posa.
Huhuhuhuh! 
Mintak hampun sebab di siang2 hari bulan ramadhan ni aku tepek gambo di bawah ni...


Burger Bob, Au5 Keramat
Credit : google.com

Mak mengidam u olls!
Aku akan cuba untuk mendapatkan burger ni malam ni jugak!
Miahahahah!
Ampuunnnn kalau ade sesape yang terbaca entry ni pehtu perotnye krekkrokkrekkrok nengok gamba burger ni yeah!


Adios!

Thursday, July 28, 2011

Of 3rd Trimester

Syukur Alhamdulillah.
Tak sangka aku dah sampai ke tahap ni.
Rasa macam sekejap sangat je.
Tau tau kang dah nak terberanak.


Tapi kadang-kadang tu terlintas kat hati ni,


'dah ready ke aku ni nak beranak?'
'boleh ke aku tahan contraction nanti?'
'alert ke telinga aku ni nanti tengah2 malam anak nanges nak susu?'


Macam-macam!
Especially tang tahan sakit contraction tu, berdebar-debar bila pikir.
Sakit perut sikit pun dah menonggeng!
He'eh!


Sabtu ni insyaAllah aku akan join kelas pre-natal kat Hospital Tawakal.
En.Hubby akan join.
InsyaAllah nanti apa2 aku akan buat review pasal pre-natal class tu.
Harap-harap kelas tu tak akan membuatkan aku mengantok la.
Kelas bermula dari pukul 9 pagi sampai 1 petang.




Baby sekarang sangat aktif waktu malam, especially lepas dinner & waktu nak tidur.
Sampai tahap asyik nak terkencing je.
Egegegegeg!
Pastu sekarang ni keje aku dok melantak cempedak goreng je pas lunch.
Takpe ke makan cempedak bebanyak???
Ada orang cakap nanti masa breastfeed baby, baby muntah?
Erk! Yeke?

Tuesday, July 26, 2011

3D/4D Ultrasound ~ the review

Hi u olls!


Harini nak buat review sket pasal 3D/4D Ultrasound.
Haritu dah kate nak buat kan, so arini aku nak tunaikan lah.
Aku nak buat lam point form je utk review kali ni.
Skang kan trend buat gitu.
Ihiks!


~ lokasi : PJ Women Specialist & Family Clinic,177, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Selangor [click for Google Maps] -  I told u, ultrasound ni dibuat di well setup clinic.



~ tarikh & waktu : 9July 2011 [Sabtu], pkol 11 am


~ sonografer : Jezzlyn


~ Durasi : plus minus 1/2 hour


~ Sampai je klinik, bagitau nama, then nurse tu soh bayar RM100. Aku cakap la aku dah bayar online. Mekasih.


~Tunggu lam 10 menet camtu sbb masa aku sampai ade satu lagi patient tgh buat 3D/4D ultrasound. Tak lama pastu nama aku kene panggil oleh cik Sonografer yang bernama Jezlynn.


~ perasaan? Eksaited + berdebar2! Mana tak nya, harini tengok anak sendiri plak. Slalunye tengok anak org laen kan. Camne la rupa anak aku gamaknye...dalam hati!



~ melangkah masuk ke bilik U/S yang romentik, hanya bertemankan  cahaya lampu ala2 lampu tido & cahaya dari monitor U/S tu je. Baring la pastu kan.


~ Jezzlyn tanye nama & EDD. Sembang2 sikit. Dia tanya dah tau ke jantina baby. Aku pon bagitau mase scan 5 bulan aritu nampak clear, masa scan 6 bulan dia 'sorok'


~ Pastu amoi tu bagitau yang kejelasan 3D/4D ni bergantung kepada air ketuban. Ok, noted.


~ bermulalah proses ultrasound ni. Start dari bahagian muka / kepala sbb nak check samada baby tgh tutup muka ke x. Baby aku...yeah! Tengah tutup muka dengan tangannye dan tak lama pastu, dengan kaki dia skali tutup muka! Adehh!


~ Puas dipujuk2, ada la sket berganjak tangan & kaki dia...Jezzlyn cakap xpe, kita scan tempat laen dulu. Maybe kejap2 lagi dia aleh la tangan tu.


~ seterusnya proses mengukur kebesaran baby. Alhamdulillah, semua ok, check jugak kot ada cliff tak, Alhamdulillah semua nya ok :) Berdasarkan graf, anakku membesar dengan sihat & kuat & normal. Ikot standard la katanyee....


~ berat baby mase tu dah 950 gram.


~ Jezzlyn tried to scan nak tengok jantina...memula baby silang kaki. Pastu bukak sket...nampak laa....nak buat 3D tak clear sgt sbb air ketuban kat bahagian bawah baby xsebanyak ketuban bahagian kepala.


~ dah captured everything kat bahagian bawah, beralih pulak ke bahagian atas ye. Alhamdulillah, baby dah alih tangan dia tapi still masih ade tangan la kat bahagian muka tu...


~ Jezzlyn cakap baby tembam! Haaa of coz la u olls! Mommy dia pon tembam! Ahaks! Idong sangatla kopipes idong mommy. Eheks! Molot cam molot daddy pon ada :)


~ Baby sangat aktif masa dah nak last2 tu...muka pusing sana pusing sini...tangan dah start bersilat bagai! Geram tengok jari jemari dia...rasa nak pegang je ;') can't wait to hold u baby...


~ hah lupa nak bagitau, semasa proses ultrasound tu berjalan, baby ada bukak mata, bukak mulut [xsure plak tgh makan ke tgh menguap] ihihihihi! Owh anak mommy!


~ selepas agak2 setengah jam, dah siap semua...thanked Jezzlyn so much! Dia suruh tunggu sekejap sbb nak print out gambar n save soft copy dalam CD.


~ tak lama tu, Jezzlyn keluar & bagi gamba hard copy & soft copy yang ade gamba2 baby & video skalik. Tak lupa jugak, Jezzlyn bagi kad dia & cakap trime kasih skali lagik ngan dia...


Pada aku, recommended la nak buat 3D/4D dekat KASIHKU SAYANGKU. Walopon kan ada je tempat laen yang boleh nampak lebih clear lagi 3D/4D Ultrasound. Mungkin sbb aku ni malas nak men-sevey banyak2 tempat, so tempat ni la yang aku pilih dan ternyata tak mengecewakan. Jezzlyn ni seorang amoi yang masih muda & lembut je. Suka cara dia interact dengan baby :)


Ok lah, tu je nak cerita. Last but not least...


Mommy & Daddy love u so much baby :)

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday - my 1st ever :)


Our lil' darling 
(^_~)v

Tuesday, July 5, 2011

3D/4D Ultrasound

Perlu ke semua tu?
Terpulang pada anda.
Pada aku takde la perlu sangat, tapi aku tersangat nak buat.
Dengar kata kalau buat di hospital / klinik agak mahal kan caj nya.
Btol ke??
Aku pon takde la tanya doc OB/GYN yang tiap2 bulan check aku tu klu dia buat brape caj nya.
Kompem berdentum dorang caj ;p
Tambahan kalau mama dengar caj yang agak berdentum, kompem dia menentang aku supaya tak yah buat.
So, baek aku buat diam2 dulu, sevey tempat yang munasabah sket harganya.
Then insyaAllah kalau clear semua, kasi surprise sama tok ok baby! :)


Menurut pencarian aku di google, aku ada jumpa dua tempat yang menawarkan khidmat 3D/4D Ultrasound dengan harga yang berpatutan. 


Yang pertama :


1) Vission College.
- aku tak pernah tanya pon berapa caj mereka. Kalau kira beberapa tahun yang lepas, katenye RM60 sahaja siap sekali dengan CD mengandungi image2 3D baby & juga 4D! Tapi sekarang aku yakin harga nya tak kurang dari RM100. 


Mula2 aku fikir nak pegi buat kat sini je memandangkan memang dah dekat dengan ofis. 
Tapi fikir2 balik, dia hanya boleh buat time office hours je. So, mule la aku mencari altenatif laen pulak.


2) Kasihku Sayangku
- ok, ini bukan buat 3D/4D Ultrasound secara maya ye. Bukannye buat melalui video cam ye. No no no! Sonografer yang berpengalaman & bertauliah yang akan menjalankan proses ultrasound tersebut di klinik persendirian mereka kalau tak silap. Apa yang anda perlu buat hanya lah dengan set kan appoinment bila2 yang anda suka, tapiii pada HUJUNG MINGGU sahaja ya. Haaa yang ni aku suka! ;p
Selain dari hari scan nya pada hujung minggu, antara sebab laen aku memilih tempat ini adalah kerana cajnya. Hanya RM100, dan anda akan dapat seperti di bawah :


~klik gambar untuk maklumat yang lebih jelas~
credit to : KASIHKU SAYANGKU

Kalau anda semua perasan, ade dinyatakan yang RM100 anda akan dipulangkan sekiranya muka baby tak nampak atau dengan kata laen, baby tutup muka sebab malu! ihikS!


Aku pon dah set kan appoinment hujung minggu ni bersamaan hari sabtu 9 July 2011. InsyaAllah pada pukul 10.30 pagi. 


Kalau tak ada apa2 aral, tempat & servis nya bagus, akan aku update kan di blog terchenta ni untuk tatapan anda semua ye. Especially yang berniat utk buat 3D/4D Ultrasound ni :)


Till then!

Monday, July 4, 2011

Ko nie nak beranak ke tak nak??

Erk! soalan ni tepat mengenai dahi aku mase keluar berlibur dgn Haizum sabtu lepas. 
Soklan tu terpacul dari mulut Ejum masa aku dok belek2 rompers yang comel2 belaka kat Street Market, The Curve. 
Memang the truth is aku blom beli satu hapa pon lagi. Accept benda2 yang aku sebutkan dalam entry yg lepas, macam breastfeeding pillow, few botol susu, bantal seketul dua yang mama dengan suka rela nye menyeponser. Itu je!



Rompers ke, booties & mittens ke, baju lubang2 ke, bip ke, semua blom beli. 
Menurut kata mama, better tunggu la 8 bulan nanti ke baru pegi shopping beli baju semua tu. 
Pada aku pulak, oleh kerana En.Hubster tersayang nak beli playpens, car seat, stroller & baby carrier pakai duit dia,senang la aku nak bincang ngan dia utk beli barang2 tu mulai dari sekarang. 
Beli sket2 la. 
Bukan beli sekali gus. 
Macam bulan ni boley la beli baby carrier [dah beli pon secara online kat littlewhiz.com sbb dorang tgk buat sale kan.]


Ada jugak orang kata, kalau boleh benda2 mcm tu, xpayah beli dulu, sbb mungkin nanti ada orang nak bagi. Tapi kan...to be honest...aku ni jenis orang yang tak suka mengharap. 
Contohnye, nanti stroller orang ni bagi,car seat orang tu bagi, baby carrier si polan ni bagi, warmer si polan tu bagi, sterilizer si polan polin bagi...nope! It is sooo not me! 
Bukan berlagak, aku tak suka mengharap sbb takut...in the end tak da pon org bagi mcm tu. 
Memang la, ada yang cakap, 'hishhh, sedara mara/kawan2 ko kedekut sangat tak bagi present kat baby ko...' No..bukan itu maksud aku. 
Pada aku, dari dulu lagi, dari aku kecik, aku tak suka depend @ mengharap pada sesapa. 
Even mak aku sendiri. 
Kalau ada orang nak bagi hadiah utk baby, maksudnya rezeki baby la. 
Kalau tak ada, at least aku dah sediakan apa yang sepatutnya. 
Takdela nak pakai baru nak menggagau sana sini. 
Frankly speaking, memang aku tak  ada high expectation akan dapat apa, dari siapa, berapa harga, blablablaa...
Nak bagi aku terima dengan penuh kesyukuran, tak bagi, tak apa.
Sebab aku dah standby apa yang patut.


Sebab laen kenapa aku lebih prefer utk beli sendiri adalah kerana contohnya la kan, ini contoh je tau! 
Contohnye : aku nak stroller Quinny lah nanti, tetibe ade orang ni ckp, 'eh ko xyah beli stroller dulu tau, aku dengan suka relanya nak sponsor stroller utk baby ko'
Ok fine, of coz la excited kan. 
Tapi katekan laaa, stroller yang di bagi tu adalah bukan Quinny
Ko ni mmg dah tergedik2 sangat nak Quinny kan macam ko je yang nak naek stroller tu. 
Tak ke frust??? Especially nye orang2 spesis cam aku ni. Tak dapat mende yang aku aim, mula la moncong sampai London!
Itu contoh laaa...motif nye adalah, dengan membeli sendiri benda2 yang kita dah aim ni, dapat mengelakkan ke-frust-an kalau katekan apa yang kita idamkan tu tak tercapai. 
'Dah nama pon hadiah, terima jelah! Banyak songeh sangat!'
Haaa itu lagi satu kata2 yang aku tak nak dengar tu. 
So baeklah aku mengelakkan dulu dari terkeluarnya ayat tu dari mulut2 orang. 
Lagi satu, lain orang laen bajetnya ye tak. 
Mungkin orang yang hadiahkan stroller tu bajetnya tak sebesar bajet ko nak beli Quinny. 
So, dengan membeli sendiri, anda dapat ukur baju di badan sendiri. 
Murah ke mahal ke, itu pilihan kita ikot bajet yang dah ditetapkan. 
Dah mata kita berkenan yang itu. Tak gitu?


Eh panjangnye membebel! Alaaahhh bukan slalu aku update blog nih :p


Berbalik kepada satu hapa pon barang baby aku tak beli lagi, yang sebenarnya lagi, aku tak tau nak start dari mana, walopon kat tenet ada beribu2 checklist yang aku boleh ikot. 
Aku tak tau nak beli saiz apa baju utk baby, walopon aku dengan sambil goyang kaki boleh google soklan camni. 
Nak beli yang newborn punya size ke, tengok mcm kecik nyeee lahaiii...
Tetiba kang keluar baby 3 kilos ke atas. 
Ada yang kata ko beli je besar2, kang dia boley pakai lama sket. 
Memang laa...buatnya baby keluar < 2 kilos...tak ke gedobos baby aku pakai baju besau2. 
Dah tu, takkan nak tunggu anak ko keluar baru nak beli baju?! Gilos! 
Takpe...tang baju baby, aku just nak ikot advise mama je lah senang. Mama knows best! :p


Tapi tang furniture, baby gears, blablablaa....aku punya decision, buweks! 
Agagagga! Boleh gitu...? 
Memula memang mama nak soh beli baby cot, playpen, blablablaa..tapi semua ikot selera dia! 
No No No! 
Yang part tu, aku nak aku punya stail. 
Bukan stail membuta tuli laa. 
Aku buat servey dulu, apa yang boleh pakai long term, yang boleh recycle balik utk next baby, insyaAllah, harga yang berpatutan.


So far barang2 yang aku aim semua nye berpatutan harganya. 
Dan memang dalam bajet. 
Macam baby carrier yang aku dah purchase dari littlewhiz.com ni :



Harga sebelum diskaun : RM 219.00
Harga selepas diskaun : RM 197.10 [Jimat RM21.90]

Lagi satu dari littlewhiz.com adelah baby car seat nie :

Harga sebelum diskaun : RM 299.00
Harga selepas diskaun : RM 239.20 [Jimat RM59.80]

My next aim adelah dari Sweet Cherry :

Playpen : Roswell Playpen [RM259.00]

Stroller : SCR1 Jogger [RM299.00]

Gambar di ambil dari : littlewhiz.com & Sweet Cherry

Kalau tengok apa yang aku aim semua murah2. 
Bukannye apa, pada mata aku, aku berkenan sangat & harganya pon berpatutan.
Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri :)
So, inilah yang termampu.
Kalau ada duit lebihan, boley simpan dekat dana baby nanti untuk kegunaan dia masa akan datang.

Ok, sebelum terlupa, littlewhiz.com sekarang tengah buat mid year sale u olls. 
Tak silap aku dari 10 June 2011 sampai 4 September 2011.

Dah panjang berjela sangat dah ni.
Kang mengantuk korang baca :p

Pen-off dulu!

Monday, June 27, 2011

Mari memasak kengkawan!!!

Ok2,arini tukau mood sket.
Haritu,aku dok baca blog member aku, Haizum.
Dia post pasal resipi yg dia baru cuba iaitu Sotong Goreng Telur Asin.
Aku tengok gamba dia,wallauuuuu!
Terliur!
Sebab memikirkan anak dalam perot ni,aku gagahkan jugak diri utk try resepi ni...waloponn agak renyah aku rase nak buat!
So kawan2, mari
Mencuba resipi ini!

Sotong goreng telur asin (name omputehnye : fried squid with salted egg)

Bahan2 nye :

-6-8 keping sotong (sederhana besar) yg dipotong ikot suke atie
-2-3 biji telur asin yang dah direbus yang diambil yolk nya sahaja
-tepung goreng serbaguna (aku guna tepung ayam goreng bestari. Boleh je pakai tepung goreng ayam sebab purpose nye adelah utk goreng rangup kan)
-2-3 bijik telur ayam biasa
-daun kari (ikot suka nak banyak mana)
-4-5 biji bawang putih dipotong nipis (nanti bila goreng jadi mcm bawang putih goreng teppanyaki!)
-6-7 biji cili padi dipotong nipis (ikot level kepedasan yg korang mampu tahan la)
-1-2 sudu besar mentega
-1-2 sudu besar susu cair utk bagi ade rase manis2 sket bak kate haizum ;)

Cara2 nye :

1) sebelum apa2,rebus dulu sotong tu tanpa air untuk buangkan jus2 sotong. Sotong kan berair kan. Pas dah rebus smpi jus sotong yg banyak telah keluar,lap kan sampai kering sotong2 tu. Ini utk memastikan yang nanti tepung tu betol2 melekat pada sotong. Tapi aku buat aritu ala2 je keringnya. Alhamdulillah jadi jugak)

2) lepas dah rebus sotong tu,boleh la readykan telur ayam yg biase 2-3 biji tu,pukul dulu telur tu sampai sebati,tepung pon readykan jugak

3) Panaskan minyak yang banyak utk menggoreng (kalo nak sedap,sotong tu buat deep fried,baru btol2 garing. Tapi aku buat xdela deep fried sgt)

4) bila minyak btol2 panas,celupkan sotong tadi dalam telur dan gaulkan sotong yg dah dicelup telur tu dalam tepung goreng tadi. Pastikan telur tu disalut tepung secara keseluruhannya. Pastu gorenglaaa. Angkat bila warna tepung tu nampak kecokelatan sket. Jgn sampai hangus!

5) ok. Bila dah siap goreng semuaa sotong tadi,asingkan dulu ke tepi. Siap sedia utk part menumis plak.

6) panaskan mentega tadi gunakan api yg sederhana

7) bila da cukup panas,masukkan bawang putih,daun kari & cili padi potong tadi,tumis sampai naek bau cili padi tu & bawang putih tu garing.

8) dah agak2 naek bau,masokkan yolk telur asin tadi dan kacau. Dia akan menghasilkan satu effect iaitu,tumisan anda tu akan berbuih2 gtue. Takpe,teruskan mengacau rata.

9) pastu masukkan sotong goreng tadi. Kacau rata. Masukkan sket perasa pak aji,garam,gula,lada sulah (benda2 ni ikot rasa korang laa. Macam aku,aku dah xmasokkan dah garam. Just tambah pak aji sket je).

10) dah dekat2 nak angkat tu,masokkan susu cair tadi,kacau rata.

11) dah siappp. Ape lagi...hidang dan makan laa!

So far Alhamdulillah,en.hubster suka sangat! Mungkin lepas ni aku nak try buat pakai udang plaks.

Last but not least,mari mengecurkan air liur dengan gambar di bawah :







Selamat mencuba!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 9, 2011

Of 23 weeks~~

Alhamdulillah baby dalam perot skarang sudah 23 minggu. Next week genap 24 minggu maksudnye 6 bulan la kan?!

Wooemmjee! 6 bulan sudey??? Erk! More or less lagi 3 bulan je la nampak gayenye nak bersalin kan. Skejap nye rase u olls. Rase cam xcaye je. Rase mcm baru je haritu cakap2 nak masok 2 bulan 3 bulan.

Preparation? Satu pon x beli lagi! Eh jap...ade2. My mom dah pon membeli breastfeeding pillow,botol susu beberape ketul,bantal...ape lagi eh? Hurmm tu je kot! Yang laen maseh tengah men-sevey. Dalam masa t'dekat ni mgkn nak beli breastpump. Mama kusss nak sponsesss u olls! Ihiks! Sponsessss lagisss. Ahaks!

List barangan yang sedang di-sevey dan di-plan nak beli maybe mase/lepas 7 bulan nanti adelah seperti berikut :

1) stroller
2) car seat
3) baby carrier
4) baby cot/playpen (playpen tu klo bley nak beli yg attach dgn diaper change station skali so that mommy,daddy,tok,grandma,opah2,uwan2,uncle2,aunty2 yg nak tolong tuka diapers xyah nak bersusah payah nak agkt dari playpen pastu letak bawah. Kununnye laaa. Nanti mesti letak bawah punyelah!)
5) mosquito net for baby cot/playpen (optional)
6) pacifier
7) receiving blanket
8) Baby clothing (rompers,jumpers,booties,mittens,etc)

Dan list ini akan terus memanjang dari masa ke semasa,insyaAllah!

Oh by the way,Alhamdulillah sempena harijadi suami aku bulan lepas,mase doctor tgh scan tu dah nampak la apekah jantina baby. Tapi aku blom b'sedia nak reveal dekat sini sbb aku nak confirmkan balik. Takot lak kan,kang dah excited2, scan kang tak sama plak kan. Apa2 pon aku tak kisah baby boy @ girl. Yang penting baby sihat walafiat sempurna itu dah memadai.

Baby pon dah start menendang mommy nye & gerak2 mase penghujung 4 bulan haritu Alhamdulillah suka sangat dengan kicking & moving sensation baby tu. Itulah anugerah yg xkan dirasai mana2 lelaki dalam dunia ni kan. Aku bersyukur sgt diberi peluang untuk rasa semua ni.

Tapi anakku ni cerdik. Time hari aku keje bukan maen aktif lagi 'bekerja' dari dalam. Klao time cuti,dia pon cuti jugak. Slow je pergerakkan. Mcm tak brape aktif sgt. Tak kisahla baby,janji baby sihat kat dalam.

Hah masok minggu ke-30 nanti aku ingay nak pegi buat scan 3D/4D. Tapi masih dalam pertimbangan samada nak buat kat Vision College,Kelana Jaya @ Kasihku Sayangku,Shah Alam.

Will think about it later!

Oklah dah xtau nak crite apa. So,pen-off dulu!

- Posted using BlogPress from my iPhone


Wednesday, May 4, 2011

Saya mau, tapi...

Aku nak ni...



Aku nak ni...


Aku nak ni...


Aku nak ni...



Gambar ihsan dari : Bubba Gump Malaysia

Tapi bila aku baca ni... :


ehsan dari uk.answers.yahoo.com

aku bace dari sini pun...

ehsan dari wiki.answers.com

Aaaaaaaaa!! Camne nak makan kat Bubba Gump nih?

Tapi aku bace lagi skali kat sini Baby Centre : 

Naras Lapsys answers:


Many fish and shellfish are safe to eat in pregnancy, provided that they are properly cooked. 

Fresh, raw seafood is potentially risky because it can contain parasites such as tapeworms, which, if they grow large enough, could rob your body of nutrients needed for your growing baby. Raw seafood can also carry the listeria bacteria, which can cause listeriosis and be very harmful to your baby. 

The NSW Food Safety Authority recommends that you avoid all kinds of sushi and sashimi from restaurants and shops while pregnant. If you wanted to make sushi at home, avoid raw meat and seafood and choose vegetables and cooked meats instead. 

Oysters and other shellfish should be avoided during pregnancy, unless they are part of a hot meal and have been thoroughly cooked. This is because, when they are raw, these types of seafood might be contaminated with harmful bacteria and viruses that can cause food poisoning. Pregnant women are particularly susceptible to food poisoning because pregnancy suppresses their immune systems. The bacteria and viruses are usually killed by proper cooking making these shellfish safe to eat. 

For seafood safety at home, Food Standards Australia and New Zealand recommends you should cook most seafood to an internal temperature of at least 74 degrees C. 

If you don't have a thermometer, the guidelines listed below can help you to determine whether seafood is done: 
  • For fish: slip the point of a sharp knife into the flesh and pull aside. The edges should be opaque and the centre slightly translucent, with flakes beginning to separate.

  • Let the fish stand three to four minutes to finish cooking.

  • Prawns and lobster turn red when cooked; the flesh becomes pearly opaque. Scallops appear milky white or opaque and firm.

  • For clams, mussels, and oysters, watch for the point at which their shells open, which indicates that they're done. Throw out those that remain closed after cooking.

  • When microwaving seafood, rotate the dish several times to ensure even cooking. After letting the dish stand, check seafood in several spots with a thermometer to see if it has reached the proper temperature.

One concern about seafood, raw or cooked, is contamination with mercury. Fish is a healthy part of a varied diet and the Australian Dietary Guidelines recommend one to two serves of fish a week. However, some fish have a higher level of mercury and you need to be careful eating them during pregnancy. 

If you eat the following fish, you should have only one serve (150 grams) per fortnight and then you should avoid eating any other fish in that fortnight: 
  • Shark (Flake) 
  • Marlin 
  • Swordfish 
  • Broadbill
If you eat the following fish, you should have only one serve (150 grams) per week and then you should avoid eating any other fish that week: 
  • Orange Roughy (Deep Sea Perch) 
  • Catfish

Try these other fish that are also high in Omega 3 fatty acids but not high in mercury: 
  • Mackeral 
  • Silver Warehou 
  • Atlantic Salmon 
  • Canned Salmon and canned Tuna in oil 
  • Herrings 
  • Sardines
You can eat other fish with low mercury levels two or three times a week, including: 
  • All prawns, lobsters and bugs (avoid pre-cooked prawns) 
  • Squid and octopus 
  • Snapper 
  • Salmon and Trout 
  • Trevally 
  • Whiting 
  • Anchovy 
  • Mullet 
  • Garfish 
  • Bream
Read more: http://www.babycenter.com.au/pregnancy/nutrition/foodsafety/seafoodexpert/#ixzz1LMhilboi

Haaaa! Baru lega sket :)
Maknenye ade chance la aku gie makan Bubba Gump!
Ihiks..!

Or...

Any Advise, Lovely Readers?