Harini nak buat review sket pasal 3D/4D Ultrasound.
Haritu dah kate nak buat kan, so arini aku nak tunaikan lah.
Aku nak buat lam point form je utk review kali ni.
Skang kan trend buat gitu.
Ihiks!
~ lokasi : PJ Women Specialist & Family Clinic,177, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Selangor [click for Google Maps] - I told u, ultrasound ni dibuat di well setup clinic.
~ tarikh & waktu : 9July 2011 [Sabtu], pkol 11 am
~ sonografer : Jezzlyn
~ Durasi : plus minus 1/2 hour
~ Sampai je klinik, bagitau nama, then nurse tu soh bayar RM100. Aku cakap la aku dah bayar online. Mekasih.
~Tunggu lam 10 menet camtu sbb masa aku sampai ade satu lagi patient tgh buat 3D/4D ultrasound. Tak lama pastu nama aku kene panggil oleh cik Sonografer yang bernama Jezlynn.
~ perasaan? Eksaited + berdebar2! Mana tak nya, harini tengok anak sendiri plak. Slalunye tengok anak org laen kan. Camne la rupa anak aku gamaknye...dalam hati!
~ melangkah masuk ke bilik U/S yang romentik, hanya bertemankan cahaya lampu ala2 lampu tido & cahaya dari monitor U/S tu je. Baring la pastu kan.
~ Jezzlyn tanye nama & EDD. Sembang2 sikit. Dia tanya dah tau ke jantina baby. Aku pon bagitau mase scan 5 bulan aritu nampak clear, masa scan 6 bulan dia 'sorok'
~ Pastu amoi tu bagitau yang kejelasan 3D/4D ni bergantung kepada air ketuban. Ok, noted.
~ bermulalah proses ultrasound ni. Start dari bahagian muka / kepala sbb nak check samada baby tgh tutup muka ke x. Baby aku...yeah! Tengah tutup muka dengan tangannye dan tak lama pastu, dengan kaki dia skali tutup muka! Adehh!
~ Puas dipujuk2, ada la sket berganjak tangan & kaki dia...Jezzlyn cakap xpe, kita scan tempat laen dulu. Maybe kejap2 lagi dia aleh la tangan tu.
~ seterusnya proses mengukur kebesaran baby. Alhamdulillah, semua ok, check jugak kot ada cliff tak, Alhamdulillah semua nya ok :) Berdasarkan graf, anakku membesar dengan sihat & kuat & normal. Ikot standard la katanyee....
~ berat baby mase tu dah 950 gram.
~ Jezzlyn tried to scan nak tengok jantina...memula baby silang kaki. Pastu bukak sket...nampak laa....nak buat 3D tak clear sgt sbb air ketuban kat bahagian bawah baby xsebanyak ketuban bahagian kepala.
~ dah captured everything kat bahagian bawah, beralih pulak ke bahagian atas ye. Alhamdulillah, baby dah alih tangan dia tapi still masih ade tangan la kat bahagian muka tu...
~ Jezzlyn cakap baby tembam! Haaa of coz la u olls! Mommy dia pon tembam! Ahaks! Idong sangatla kopipes idong mommy. Eheks! Molot cam molot daddy pon ada :)
~ Baby sangat aktif masa dah nak last2 tu...muka pusing sana pusing sini...tangan dah start bersilat bagai! Geram tengok jari jemari dia...rasa nak pegang je ;') can't wait to hold u baby...
~ hah lupa nak bagitau, semasa proses ultrasound tu berjalan, baby ada bukak mata, bukak mulut [xsure plak tgh makan ke tgh menguap] ihihihihi! Owh anak mommy!
~ selepas agak2 setengah jam, dah siap semua...thanked Jezzlyn so much! Dia suruh tunggu sekejap sbb nak print out gambar n save soft copy dalam CD.
~ tak lama tu, Jezzlyn keluar & bagi gamba hard copy & soft copy yang ade gamba2 baby & video skalik. Tak lupa jugak, Jezzlyn bagi kad dia & cakap trime kasih skali lagik ngan dia...
Pada aku, recommended la nak buat 3D/4D dekat KASIHKU SAYANGKU. Walopon kan ada je tempat laen yang boleh nampak lebih clear lagi 3D/4D Ultrasound. Mungkin sbb aku ni malas nak men-sevey banyak2 tempat, so tempat ni la yang aku pilih dan ternyata tak mengecewakan. Jezzlyn ni seorang amoi yang masih muda & lembut je. Suka cara dia interact dengan baby :)
Ok lah, tu je nak cerita. Last but not least...
Mommy & Daddy love u so much baby :)
dear, kt puchong ke kat pj clinic nye? tgk websitenya kt puchong..
ReplyDeleteWaniey : klinik kat PJ...kat ss2 :)
ReplyDelete