Monday, February 27, 2012

Postpartum depression

(p/s : please bear in mind,post kali ni agak panjang. Maklumlaa,update belog lima tahun sekali. He'eh!)

Salam!

Sebelum ni dengar je pasal Postpartum depression ni.
Tengok kat tv,dengar cerita dari org2 tua ada yg sampai meroyan,Nauzubillah.
Tapi bila dah terkena batang idong sendiri,baru tau camne hazabedah nye rasa.

Menatang ape postpartum depression tu?
Postpartum depression is moderate to severe depression in a woman after she has given birth. It may occur soon after delivery or up to a year later. Most of the time, it occurs within the first 3 months after delivery.
(Source : PubMed Health)

Ianya bermula bila aku balik dari hospital.
Tak tau kenapa aku terbawak2 sangat perasaan melo masa tu.
Sebaik saja sampai kat rumah,aku diarahkan oleh mak aku utk berehat saja kat bilik,tak elok duduk lama2 katanya.
Pergilah berbaring.
Elok je aku masuk bilik,aku dah start rasa nak menangis.
Utk pengetahuan semua,baby's playpen kami letak di ruangtamu memandangkan keadaan & size bilik aku masa tu sangat tak mengizinkan utk aku letak playpen dalam bilik.
Terlalu sempit!
Ok fine,bila aku dok dalam bilik dan baby kat luar dengan tok nya,aku pon dah start resah gelisah sampai kan aku diam2 curi selimut baby bawak masuk bilik utk aku cium bau baby yg melekat dekat selimut tu.
Fuhhhhh sensentap sangat feeling masa tu.
Rasa mcm aku berjauhan sangat dgn baby padehal jarak antara bilik dgn ruang tamu hanya 3 langkah je pon.
Sepanjang dalam bilik aku menangis diam2.
Aku tak tau pasai pa.

Yang paling kronik,bila aku dengar baby menangis.
Lagi teruk aku menangis.
Kebetulan masa tu susu tak nak la pulak keluar kan ditambah plak lagi baby tak reti nak latch on langsung!
Lagi la aku sentap sbb rasa bersalah baby nanges sbb lapar disebabkan susu maknya non hadooo!
Masa tgh nanges tu sempat utk cuba berpikiran positif dgn mengatakan jap jap gi ade la susu nya!

Fine,itu baru permulaan saja.
Pada malam nya,aku pon berusaha la utk pam susu dengan harapan susu akan keluar la dgn banyaknya.
Tapi memang tak ada rezeki baby haritu,mmg keluar pon susu hanya setitik dua.
Apa lagi,melalak lagi la aku masa nak tido.
Memula husband heran,apesal nanges,dia tanya.
Aku nanges dan terus nanges.
Satu persatu pilihan jawapan husband bagi.

A) sakit tmpt operation ke?
B) sbb dgr anak nanges ke?
C) sbb takde susu ke?

Sampai je tang jawapan C tu,sampai teresak2 aku nanges.
To the max lah!
Utk menambah perisa lagi,baby pulak turut menanges masa tu.
Aduhhhhh!
Lagila aku tak boleh kontrol perasaan.
Tanpa aku sedar pastu husband aku pon nanges sama.

'sabarla mommy,insyaAllah esok2 adela tu. Dah,jangan nanges ye sayang. Daddy paham mommy sedih,tapi tak elok nangis teruk2 camni masa tgh pantang ni.'

Tak semena2 mak aku 'menjerit' dari luar,'hang nanges ka??! Jangan ngengada nak nanges lebih2 ye. Meroyan kang!' nauzubillah!
Terus aku stop.
Ekekekekek!
Sapa mau meroyan cuba habaq mai?
Sapa pon tak mau!
Ok pas penat2 nanges ape lagi,tido laaa.
Memang rasa letih tu masih ada walopon beranak perut kena belah.
Owh! Camne mak aku boleh dgr aku nanges...pintu bilik aku mmg tak ditutup rapat,senang nnt nak sedar bila mak aku panggil dari luar.
Ehehehhe!

Keesokkan paginya,bila aku terjaga dari tidur tiba2 rasa cam basah je t-shirt yg aku pakai.
Basah kat bahagian breast la kan.
Ya Allah masa tu tak tau nak kata gembira nya mcm mana!
Engorge upenya.
Terus pegi basuh & cuba bagi baby latch.
Tapi,baby tak mau.
Adoi...
Mmg aku akui masa tu nipple aku dikategorikan sebagai inverted nipple.
Org kata rajin2 la pump,nnt dia ok la.
Boleh kata aku pump sehari tu sebanyak kali yang mungkin.
Tapi masih lagi invert.
So aku ambek keputusan utk pump dan bottle feed je baby.
Memang hasil utk hari tu agak memberangsangkan!
Sangat!
Paling maximum,penuh satu botol medela tu pastu pam lagi n dapat another 4 oz.
Mmg syukur sangat ;)
Rezeki baby ;)
Tapi pada masa yg sama sentap gak!
Sampai hati baby tak mau breastfeed.
Alahhh,ngan baby pon nak sentap!
Lempang kang!
Aku cuba berkongsi cerita dgn beberapa org kawan yg masa tu pun tgh dalam pantang.
Sumenya nasihatkan aku utk cuba kontrol perasaan.
Jgn terbawak2 sgt.
Terima kasih kawan2! ;)


1st time pump dpt banyak mcm ni,rasa happy sesangat! Semangat nak pump lagi ;)

Itu baru bab breastfeed.
Ni part baby kene jaundice plak.
1st few week,baby mmg ada jaundice sikit.
Tak teruk sangat tapi nampak la jugak sikit2.
So mak aku pon try la jemur dia dekat balcony dapur.
Masa mula2 tu baby pon terkejut dan nanges dengan sangatla teruk.
MasyaAllah masa tu tak tau la macam mana nak kata betapa remuk redam nya hati aku.
Apa lagi pastu,melalak la diam2 lam bilik!
Tutup muka dengan bantal siap.
Husband tau aku akan menanges, secara otometik dia masuk bilik & peluk aku.

'tak mau la nanges mommy. Kita jemur baby kejap je. Kan nak bagi baik jaundice tu...'

Rupa2 nya dia pon mata dh berair masa tu.
Hadoiii.
Bila dengar dia kata mcm tu,aku pon cuba berpikiran positip lagi.
Betul jugak kan.
Kan jemur nak bagi baik.
Memangla jemur nak bagi baik,tapi tak bley tahan woorrr dengan baby nanges teruk cenggitu!


Masa ni baby tido je walopon tgh jemur. Best kot rasa suam2 haba matahari pagi. Very gud boy! ;)

Ok,part tu habis kat situ.
Hari2 yg seterusnya aku dah ok.
Siap cakap ngan baby, 'sekejap je ye sayang mommy jemur ni ;)'

Lepas habis part2 tadi,timbul pulak part baru.
Yang ni aku pon pelik la dgn perangai aku sendiri.
Aku tak boleh & tak suka orang lain pegang baby melainkan aku,mak aku & husband je yg pegang.
Ade satu hari tu,masa mak mentua aku dtg rumah nak tgk baby.
Then,ade jugak sedara mara yg lain.
Supposedly aku gembira & bangga nak tunjuk anak sendiri kat org tapi aku tak.
Aku taknak org lain pegang anak aku!
Those were the bad days laaa,skarang tidak lagi ;)

Lagi satu yang paling aku tak boleh blah.
There's one day,masa tu husband balik lambat & hanya aku dan baby kat rumah.
Then aku tepon husband & suruh dia balik cepat.
Sebaik sahaja sang husband sampai depan muka pintu,dah tutup pintu semua, tak pasal2 aku nanges teresak2 sambil cakap, 'apesal balik lambat???tau tak tinggal saya dgn baby je dekat rumah?!'
Whatdakambinglembukucingikan?!!!
Sang husband pon terpinga2 masa tu.
Heran dia apesal aku nanges teruk sangat.
Takde sebab pon sebnanye nak nanges tu.
Tetibe je rasa nak nanges tanpa dapat dibendung lagi.
Husband pun kadang2 ade marah jugak.
Mana tak nya,aku nanges bukan sikit2,bukan biasa2,setakat mengalir air mata je.
Takdeee!
Sekali nanges,org lain tgk pon boleh risau.

Tehehehehe!
Bila ingat2 balik saat2 genting highland masa tu, rasa kelakar pon ada,rasa mcm sengal pon ade,rasa bodow pon ade.
Tak ramai yg tau pasal ni.
Hanya husband & few close friends je yg tau.
Mak aku???
Gila nak bagi dia tau!
Mau aku kene ceramah 100 hari 100 malam!
Pastu aku pon melalak 100 hari 100 malam gak kan.
Ekekekek!

Oklah,itu sedikit sebanyak pengalaman aku masa dalam pantang.
Tapi shukor Alhamdulillah,aku dapat kawal perasaan aku dan takde la sampai tahap nak meroyan,Nauzubillah!
Feeling melo belo tu tahan sebulan je.
Pastu dah kembali normal seperti biasa ;)

Sapa2 yg terbaca entry ni,pernah tak lalui pengalaman yg sama?
Meh kita sharing pengalaman masing2! ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 14, 2012

Vacancy!

Salam
Hanya update sepantas kilat.
Sesapa yang masih mencari pekerjaan / nak tukau keje ke, sila email saya di iza.abdrahman@gmail.com utk pertanyaan lanjut.

Jawatan : Helpdesk Analyst
Lokasi : Cyberjaya (ada petrol allowance)
Kelayakan : pengalaman berkerja sebagai Helpdesk Analyst,fasih berbahasa inggeris,sanggup kerja malam (ada extra allowance).

Benefits : perlindungan insurance utk diri sendiri, anak & suami/isteri (lepas confirm 3 bulan),dental reimbursement,selebihnya klo dah confirm dapat akan diterangkan lebih lanjut oleh pihak HR.

Sapa2 berminat / nak tanya lebih lanjut just email me. Hari Khamis ni ade walk-in interview. Jadi,cepat! Sementara stok masih ada! Eheheh!

- Posted using BlogPress from my iPhone