1st of all...
Sempena hari baek, bulan baek ni, di kesempatan ini ingin daku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua.
Maafkan andai ada terkasar bahasa, tersalah tulis, tersalah kata...
Ihikss!
Puasa pon tak habis lagi dah sibok buat ucapan raya.
Mana tak nya, start dari balik keje hari Jumaat lagi dah terasa macam esoknya nak raya.
Padahal ade lagi 3 hari lagi nak raya.
Eheh!
Kat FB plak jangan cakap la kan, berderet2 ucapan raya kat status memasing.
Owh! Aku sedang menunggu kereta untuk diservis sekarang ni.
Maklumlaa...nak jalan jauh pulang ke kampung la katekan.
Korang ade servis tak kereta sebelum balik kampung?
Sebaiknya buatlah servis dulu kan sebelum anda2 semua ingin memulakan perjalanan yang jauh.
InsyaAllah semuga selamat sampai ke destinasi masing termasoklah aku sekeluarga nanti.
Camne la agaknya melalui perjalanan pulang ke kampong nanti kan?
Yela, 1st time ni jalan jauh tengah2 pregnant ni.
Kawan2 laen sibok suruh bawak bag hospital siap2.
Ihiks!
Hakikatnye, satu hapa pon aku tak packing lagi.
Ades....
Ada betulnya kata kawan2.
Buatnya terberanak kat kampong nanti!
Heshhh!!!
Mintak simpang!
Berdoa yang baek2 aja.
Baby nanti balik kampong behave dekat dalam ye sayang.
Kita raya puas2 dulu, makan lemang, ketupat, rendang, pegi open haus kawan2 & sedara mara mommy & daddy dulu ok.
Ihihihi!
Tapi pada aku, kalau dah masuk minggu ke 36 nanti nak bersalin pon aku dah tak kisah.
Tapi
Tapiiiii
Dah tak larat nak angkat kaki lagi.
Kat 'bawah nunn' jangan kata la.
Sengal nye DIA je yang tau.
Tapi nak buat cemana, tahan kan aje sementara nak menunggu hari yang dinanti2kan tu tiba.
So far tahun ni adelah tahun pertama beraya sebagai isteri orang & bakal mak orang.
Perasaan??? Seksaited la u olls!
Seksi sbb pakai baju raya dengan perot memboyot
Ok lah!
Dah tak tau dah nak taip apa lagi.
Fikiran dah melayang ke kampong halamanku yang tersayang lagi dirindui XD
Sekali lagi di sini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat pembaca2 & penyinggah2 blog ini :)
Jangan segan2 singgah & baca blog ni lagi ye!
Owh lupa!
Buat yang memandu untuk pulang ke kampung, memandu berhati-hati ya.
Ingatlah keluarga yang tersayang yang menantikan kepulangan kita kat kampung tu.
Kalau mengantuk singgah
Dah hilang ngantuk baru sambung perjalanan ye.
Jangan lupa jugak, sebelum gerak dari rumah tu, check dulu air kete sume ye.
Heh! Panjang berjela dah aku bebel.
Semoga selamat ke destinasi yang dituju!
Last but not least, selamat melayan lagu raya nih!
Pen-off!
No comments:
Post a Comment
^wut say you^