Monday, December 24, 2012

Kenapa soon-2-be???

Salam semua!

Tiba-tiba harini datang mood nak bercerita camna terbukaknye blog ni & camne terpikir nak nama kan blog ni SOON-2-BE.BLOGSPOT.COM. Dah tak ada idea nak blog pasal apa, so aku pon terpikir nak cerita pasal benda ni plak.

Kisahnye mule camni...masa tu aku tengah sibuk2 nak survey pasal persiapan majlis perkahwinan. Then aku teringat, pada satu hari tu one of my friend ade suggest satu blog ni masa ktorang tgh GTALK. Tapi aku tak ingat kenapa la minah ni suggest blog tu kat aku. Korang nak tau blog sape? It is one of my favorite bride-to-be's [mase tu dia bride-to-be la, skang da ade anak pon ;)] blog iaitu sabsabby.blogspot.com. Masa tu macam kagum gila dengan persiapan dia dan sebagainya. Dan dari blog Sabby jugak lah aku kenal bride-to-be bloggers yang lain. Bila tengok dorang ni mengupdate blog dengan gigihnya pasal persiapan perkahwinan masing2, aku pon dengan gegeh nya la tergedik nak buat blog jugak. Konon nak cerita persiapan kahwin aku gak la kan, tapiii...non-hado! Egegegeg!
Ada la jugak post aku kan, tak de la mcm non-hado langsung. Tapi tak se-proper blogger lain. Tapi aku tetap bersyukur, sebab nya aku masih ade followers yang sudi baca blog picisan aku ni. 

Ok, itu ade lah secara random nye macam mana boleh terlintas dalam fikiran aku nak buat blog ni. Macam mana nama blog ni boleh jadi soon-2-be?

Aku ni memang asalnya tak kreatip langsung. Tengok dari cara aku menulis pon korang dah boleh agak yang aku ni memang tak kreatip. Tetibe plak terlintas mcm, eh aku kan soon to be my bf's wife [mase tu boipren la, skang dah jadik laki pongg]. So why not aku letak je soon-2-be.blogspot.com kan...tak semestinya soon-2-be a wife je, boleh jadi soon-2-be a mom, soon-2-be a mom for 2,3,4,5 kids...eh! 2,3,4,5 and above malas aku nak fikirkan lagi. Boleh jadi soon-2-be a grandma ke, ekekeke tu pon kalau blogger ni wujud in the next 30 years time la kan. 

Tapi apa2 pon, aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi pada followers & non-followers yang sudi singgah blog ni, siap bagi comment, ade yang hantar email direct kat aku pon ada. Alhamdulillah masih ada yang sudi membaca :)

Ok tu je nak crite ;p

Monday, December 17, 2012

Panduan...

Salam semua!

This is a real quick post.
Just wanna share bout this super duper awesome & knowledgeable blog.
Good for us as a parent & of course for others too :)

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com

Credit to http://heavilyspiced.blogspot.com/2012/12/ilmu-baru.html sebab memperkenalkan blog tersebut pada pembaca beliau.

:)

Thursday, July 5, 2012

Seriously aku cari benda ni

Serious!
Aku memang tengah cari kasut ni utk anak teruna kesayangan aku tu.
Kalau la ade mane2 seller out there yang jual barang2 baby tu yang masih jual kasut2 ni, tolong laaaaaaaa jual kat aku.
Please!

Mothercare Outdoor Baby Shoe - Design 42

Dan yang paling aku dambakan sangat adelah yang ini :


Mothercare Supra Design Shoe / Boys Funky Blue Supra Shoe

Dah cuba cari merata.
Ade yg ade stok tapi size plak tak kena.
Ade yang memang tak de stok langsung.
Ade tu aku dah siap bayar, tapi last minit kata dah rosak plak.
Ni pon tgh tunggu dia refund balik duit.
Aku punya la dah berangan bagi anak teruna tu pakai kasut ni, tup tup rosak plak.
Alah...takde rezki kan.
Nak buat cemana :)

So tolong ye kawan2 di luar sana.
Kalau ade yg jual/ternampak org jual kasut dua2 ni, inform me please...!

Mekaseh in advance :)

9 bulan sudah...

Sekejap nye masa berlalu.
Tau tau je anak teruna kesayangan buah hati pengarang jantung aku dah masuk 9 bulan harini.
Semakin cargas tak tau la nak kata apa.
Gigi baru naik sebatang,gigi bawah.
Dah mula menapak 2-3 langkah pastu gedebuk! Jatuh!
Sepantas kilat bangun balik!
Fuhhhh!
Kurus mommy okeh!
Yeke kurus??
Makin kembang setaman je rasenye ni.
T_T


Bila anak teruna masuk je 9 bulan,tak pasal2 aku yang emo.
(tak abes2 emo)
Bila tengok balik gambar2 Harith dari baby sampai la yg paling latest punye gamba,berjurai2 air mata T_T
Tiba-tiba aku rindu sangat my BABY Harith.
Memang skang dia still consider sebagai baby.
Maksud aku masa dia mula2 lahir dulu.





;')


Tula,dulu masa dia kecik,kita dok sibok nak dia cepat besar.
Ternanti2 bila la dia nak pandai gelak terkekek-kekek la,bila nak pandai bersembang la,bila nak pandai berjalan la,bila itu bila ini.
Nah! Skang bila da besar,rindu yg amat zaman Harith masa baby dulu.
T_T
Cemane tuh??


But whatever it is, I am now more than happy dapat tgk depan mata setiap perkembangan dia.
Dapat tgk dia membesar dengan sihat & jayanya dengan perangai yg macam-macam ditambah lagi dengan akal yg semakin cerdik, hanya syukur ya Allah yang mampu aku lafazkan.


Semoga anak mommy menjadi anak yg soleh,berjaya dunia & akhirat,jadi insan yg berguna pada agama,bangsa & negara, taat pada Allah,Rasul,mommy, daddy & keluarga. Ameen ameen ya rabbal alameen!







Anak bujang kesayangan ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 1, 2012

Looking for a Private Nurse?

Salam.
Ok kengkawan.
Iklan kejap ye.


Hi! I am a private nurse. Currently , living in Sentul,KL with my family. Planning to offer my services to parents who would like to have a break from caring your new born babies at your own crib. With almost 30 years of experiences in Maternity line & working with VIPs, I believe I am the right person that you are looking for. 


Feel free to call me at 016-6172827 for further inquiry.


Picture Credit : google.com


Bukan aku ye yang nurse ni.
Aku tolong je puan nurse yang sebenar utk mengiklankan.
Ye betol, puan nurse ni dah berkerja sebagai nurse almost 30 years, dok kat Maternity je.
She's an expert la bab-bab baby ni.
Dan jugak banyak pengalaman berkerja di rumah VIPs, VVIPs, artistes [not to mention la sape...]
Dan kebanyakkan mereka mula2 nak puan nurse ni jaga baby mereka lam 2-3 bulan je, tiap2 malam.
Tapi sebab kepuasan hati patients yang amat sangat, kebanyakkan mereka siap extend the private nursing service with puan nurse ni paling lama sampai baby mereka berumur dua tahun!
Terpulang pada patients tu sendiri la.
Tapi aku berani jamin yang puan nurse ini kerja nya sangat tip top to the max!
Bukan nak memuji lelebih, tapi itulah realitinye & aku tengok sendiri depan mata.
That's it.
Pada sapa2 yang berminat & kot nak rekemen kat sapa2, please feel free to call puan nurse directly ye.

But please bear in mind, charge / pekej yang ditawarkan tu setimpal dengan kerja.
Memang la ade yg cakap, 'eh, datang jaga duduk bagi susu, tukar lampin, bagi mandi, pon caj banyak tu ke???'
Tolong faham, bukan senang nak jaga baby.
Pada yang jaga anak sendiri tu, tau la cemana kan nak kene bersengkang mata nak bagi susu kat anak setiap brape jam, tido tak cukup, segala bagai kan.
Lagi2 kalau baby tu perlukan extra care, lagi laaa bukan senang.
Ni nak jaga anak orang tau, bukan jaga anak kucing.
Bayaran / pekej tu memang setimpal dengan hasil kerja puan nurse.
Memang sebenarnye kan kebanyakkan nye  VIPs, VVIPs, artistes  yang hired puan nurse ni, tujuan diorang hire private nurse ni sebab mereka ni nak cukup tido di tengah malam, sebab esoknya nak berjaga nak berurut la nak susu anak la itu la ini la tanak muka sembap la sebab tak tido malam.
Itu diorang la.
Orang kebanyakkan mcm kita ni, pandai2 la ko!
Ekekekek!

Whatever the reasons, terpulang pada individu.
Kalau mampu, ape salahnye :)

Ok lah, lebih2 plak cerita.
Tak dapat komisen ponnnn!
Ehehehhe!

Da!!

Sunday, June 17, 2012

My Fave

Perasaan nak menaip membuak2.
Tapi tak tau nak taip ape.
Tetiba dapat idea. 
Tenggg!


Harini aku nak bercerita pasal BLOG / WEBSITE yang aku suke baca & akan aku lawat setiap hari.
Selain dari blog list yang aku follow yang ade di sebelah kanan blog ni, there's another blogs yang aku suke je nak menerjah di waktu lapang. 
Mari kita mulakan, sekarang!
Sebelum tu, Facebook ke Gmail ke Yahoo! ke aku tak masuk skali la ye.
Ni bukan susunan ikot fevret ye. 
Aku buat randomly je.
Lagi satu, post ni bukan post nak kipas bontot ke, promo ke ape.
Aku saja suka2 nak post pasal ni.


1) Beautifulnara - beautifulnara.com
~ BN ni sapa tak tau, kalau nak mengikuti perkembangan donia hiburan, gosip-gosip segala mak nenek bagai, boleh je layan BN ni. Aku preferred BN instead of Rotikaya, OhBulan!, dll adelah sebab BN nye layout ni simple, senang & pleasure utk dibaca. 


2) Peej Burhanpeejburhan.blogspot.com
~ For me she's one of the famous blogger gak kat alam Blogger ni. Blog dia sempoi. Nak kata informative sangat tu tak de la. Aku just suka cara Peej ni. Cara dia bercerita. I would say, dia tak hipokrit. Dia rasa nak smoke, dia smoke. I believed her intention is bukan utk menunjuk2 yg dia pompuan merokok ke ape, it's just her being herself. Sebab tu aku suka baca blog dia. Ntahlah! Memang aku suka lah baca blog dia ni :p


3) Miera301 - miera301.blogspot.com
~ Segala2nya bermula bila aku dapat tau yang Tuan Tanah blog ni adelah kakak ipar kepada ex-course-mate & ex-colleague aku, iaitu Talib suami kepada arwah Norma. Beliau dulu selalu update pasal keadaan arwah Norma & even sekarang arwah dah tak ada, dia masih update pasal Rafiq & Talib. Siapa sangka rupa2nya Talib & Norma yang dimaksudkan dalam blog dia ni adalah org yang aku kenal. Of course, walopon sekejap je satu kelas & tempat kerja dgn Talib, still aku terasa sebak bila mengenangkan keadaan dia. Masa aku masih setempat kerja dgn Talib dulu, dia masih di awal percintaan dengan arwah & aku boleh rasa love is in the air whenever Talib bercerita pasal arwah. Berseri-seri muka dia :) Tapi apekan daya, Allah sayang Norma...Al-Fatihah buat Norma :'(


Eh! Eh! ni nak cerita pasal orang ke pasal blog?? Ekekeke!


4) Redmummy - redmummy.com
~ Ni pon adelah salah satu blog yang boleh la nak dilayan. RM ni kebanyakkan suka cerita pasal anak2, family, shopping activity dia. 


5) Mai Korner - http://maikorner.blogspot.com
~ Tuan Tanah blog ni sekarang berada di USA. Blog beliau lebih mengisarkan tentang anak dara nya yang sangat comel, Aiyu. Comel gila okeh! Memang enjoy tengok gambar2 dan cara penulisan Tuan Tanah blog ni.


6) Blog Saya Hot http://heavilyspiced.blogspot.com/
~ Ok. Kat belog ni banyak resipi utk baby. Best! Very informative! And of course la ade gambar anak dara Tuan Tanah blog ni jugak, named Maryam. Comel gila gak okeh! Yang aku suka pasal blog ni kan, selalunya bila dia masak, mesti makanan utk Maryam & mak bapak nye mesti sama, beza nya yang utk Maryam tu baby style la. Takde garam bagai. Aku suke tgk cara dia sediakan makanan utk anak dia.


7) Realiti Konspirasi zackzukhairi.blogspot.com
~ Blog ni sangat la best! Cara penulisan, dengan lukisan dia...mmg epic, pada aku la. Tapi mamat ni dah lama sangat tak update belog dia. Nape ntah!


8) Proud Duckhttp://www.proudduck.com/
~ Educated, kaya, business woman yang berjaya. Cukup lengkap pekej pada dia. Love her blog much!

Sunday, June 3, 2012

Bukan kali pertama

Ni bukan kali pertama aku kena shift malam.
Banyak kali gak la.
Tapi setiap kali nak gie kerja bila shift malam je, mule la melo tak pasal2 nak tinggal kan anak.
Orang kata mula2 je kan.
Aku tak...setiap kali la boleh kata.


Mana tak nya...
Setiap kali aku nak gie keja dah, anak teruna tu dah gelak2 sua tangan ingat nak bawak dia jalan2 kot.
Adoilaa...mommy nak gie keja la sayang :'(
Nak gie cari rezeki...


Aku ingat lagi, kali terakhir yang aku kena shift malam 2 bulan lepas, en.hubby cakap anak teruna dok nanges beria2 tanak tido.
Mungkin dia tak brape biasa tido tanpa mommy kot kan :'(
Naseb baik la bulan lepas takde kena shift malam, tapi bulan 6 ni kena la balik kan 2 kali weekends keje malam.
N baru je tadi en. hubby bagitau anak teruna tengah merengek2.
Dia ngantuk, tapi lawan mata pastu huwaaaaa nanges macam kena cubit.
Adoilaa anak.
Takpe...malam ni, malam esok & next weekends je mommy keje malam.
Hari2 lain nanti mommy peluk good boy okeh :'(




Tuesday, May 29, 2012

Malam Semalam

Malam semalam...aku emo...
Malam semalam...aku nanges teresak2...
Sebab...malam semalam...anakanda ku tak mau tido...
Sebab anakanda ku tak mau tido malam semalam...aku sendiri tak pasti...
Kesian anakanda ku malam semalam...nampak mcm susah nak poopoo...meneran beria...
Dia jadi restless malam semalam...
Nape aku nanges malam semalam???
Sebab aku kesian kat anakanda ku...sebab dia tak tau nak cakap apa yang tak kena, dan aku yang tak reti2 nak mengerti apa yang tak kena dengan dia ;'(
Mommy mintak maaf sayang...
Tak tau kenapa malam semalam aku touching bebeno...
Sampai hubby tengok tak terkata apa aku nanges teresak2...
Akhirnya...tepat pukul 12.30am malam semalam, anakanda ku akhirnya tertido...
Dan aku pon tertido sama dalam kesedihan malam semalam...


**brape banyak malam semalam daaaa**


Ni lah dia budak yang tak mau tido malam semalam ;)

Sunday, May 27, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi...


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Kumpulan Mojo

Aweera - Vokalis Utama

Motip taruk muka aweera je sorang?
Aahahahha!
Sbb dia adelah mamat berambut kerinting yang hemsem duh!

kbai!
;p

Sunday, May 20, 2012

The Right Choice


Tak de kata2 yang boleh terluah sepanjang tengok video ni.
Sangat2 meruntun hati.
Sangat sangat!
Walaupun Baby Christian serba kekurangan, itu tak mengurangkan langsung kasih sayang Lacey Buchanan terhadap Baby Christian.
Tak macam setengah manusia yang akal nya letak kat bawah tapak kaki.
Dapat anak sikit punya sempurna, buang sana sini, dera, pukul tendang terajang, bunuh, maki hamun suka2 hati.
Astaghfirullahal azim...


;'(

EG Mother and Baby Expo 2012

Salam!



Event : EG Mother and Baby Expo 2012
Description : Malaysia largest consumer show renovation expo
When : 1-3 June 2012 [Friday - Sunday] - 11:00a.m. - 9.00 p.m
Where : Putra World Trade Centre (PWTC)
Check this out :

  • Baby bedding & furniture
  • Baby garments, footwear & accessories
  • Breast feeding & mommy's group
  • Baby & parents photograph
  • General pregnancy & baby-care
  • Health & medical
  • Innovative Gadgets
  • Mother & baby insurance, educational plan, saving plan
  • Maternity, baby & children cares & daily use products
  • Maternity clothing, underwear & accessories
  • Medical biotechnology, management of infertility services & stem cells services
  • Nappies & toileting
  • Nursery furniture, equipment & accessories
  • Organic, food, fedding, nutrition & products
  • Parenting information & services
  • Pre-school, training, courses programmes & products
  • Pregnancy, birth & postnatal
  • Safety products & services
  • Slimming, beauty & health care products
  • Toys, educational products, souvenirs, playing & learning
  • Other products & services related to baby, parents & parents-to-be

Let's mommies ;) !


Kali ni cam kekobar lak aku nak gie kan.
Sebelum2 ni yang buat kat MVEC [Mid Valley Exhibition Center] tu aku cam x brape nak amek port sangat.
Pesal pon aku xtau.
Tapi yang ni insyaAllah aku nak pegi.
Nak cari play yard [kalu ade], borong pampers, baju, blablabla!
Kalau rajin, later aku buat review :)

Tuesday, May 8, 2012

Kerja Kosong satuuuu!!!

Pengumuman! Pengumuman!
Di syarikat saya bekerja sekarang tgh nak carik orang utk positions di bawah.
Sapa yang rasa terkena batang idong dengan requirements yang disebutkan, sila2 lah email saya di iza.abdrahman@gmail.com
Kalau nak bertanya lebih lanjut pon boley...
Mekaseh!



CITRIX ENGINEER (1 position) – PERMANENT NIGHT SHIFT
-Senior Windows Engineer that has extensive background in Citrix, Microsoft and VM -Server architecture, design, and implementation; has an understanding of Storage Area Networks; and, is familiar with AD technologies. Experience with XenApp, XenDesktop, VDI, Edgesight, SoftGrid, Application Packaging and Publishing, MS SQL Clustering, IIS, and Active Directory preferred.
-Enterprise level Systems Engineer. This candidate will have a minimum of 6 years experience supporting Microsoft infrastructures and related applications. MS and VM Certification highly Preferred.
-Develop systems designs and configuration based on requirements. Refines requirement with the client and ensures compatibility to standards.


WINTEL ENGINEER (OPERATIONS L2 (9 positions) – PERMANENT NIGHT SHIFT
- To provide systems administration, maintenance, and support for Open Systems environment specializing in Windows OS
- Work with a team of administrators to act as Level 2 support for servers
- Troubleshoot incidents escalated from Level 1 support
- Assist with high-severity incidents
-Work with other groups to restore service in accordance to the established SLA for the incident. Examples of other groups are Backup, Messaging, Network, Production Support, Middleware, DBA, etc.
-Participate in an on-call rotation to provide weekend support coverage and in Change Management to perform upgrades, patches, and hot fixes
-Participate in the planning phase of Release Management and in cross training with other specialized areas such as server lockdown and anti-virus support


UNIX ADMINISTRATOR (10 positions) – ROTATIONAL SHIFT
-Experience Supporting IT infrastructure in large organization
- 7+ years SUN Solaris, 8, 9 and 10 System Administration
- 3+ years experience in Solaris 10 container administration
- 5+ years of VERITAS Volume manager/File system administration
- 3+ years SUSE Linux, and RedHat System Administration
- Experience supporting and installing SUN and Fujitsu Hardware
- Experience with BMC automation tools is a strong plus
- 3+ years experience supporting and administering SUN and VERITAS Clusters across various platforms
- 2+ years administering and support SUN Mail or Send mail environment
- Experience with the use of local zones/container in a VERITAS Cluster is a strong plus
- SAN technologies support primarily with EMC/Hitachi preferred
- Ability to develop automation process using Unix shell/batch scripting languages preferred


WINTEL ENGINEERING (5 positions) – PERMANENT NIGHT SHIFT
-Utilize advanced techniques and processes such as clustering, VMware definition, Siteminder setup, etc., and incorporate them into complex business solutions.
-Develop documentation, project plans and workflow processes for related projects.
-Develop procedures and processes for hardware, software, and applications.
-Provide direct liaison with the customer for all technical discussions and issues.
-Oversee IT professionals, consultants, and/or vendors on project teams for new configurations and/or releases.
-Handle moderate to complex problem resolution without escalation and with minimal supervision.  May instruct, direct, and check the work of less experienced staff.
-Perform other related duties as assigned or required.
-To provide design and implementation support for Open Systems environment specializing in Windows OS

Tuesday, April 24, 2012

Burger pon boleh jadi YB yaw!

Heh!
Skang ni tgh hot kan pasal Burger Bakar Kaw-Kaw dekat Wangsa Maju yang sampai kena beratur 2-3 jam nak beli kan.
Pernah dengar pasal Burger YB? [YB tu maksud dia YANG BESAR / from my own understanding : Yazid Burger, bukan Yang Berhormat].
Burger ni terletak kat Seksyen 7, Shah Alam.
Tak silap ade masuk Kosmo! baru-baru ni.

Nak tau kebesaran burger tu cemana?
Nahhh...aku sajikan dengan gambar2 di bawah.
Semua gambar credit to Burger YB's blog...yes they have their own blog yaw!
Siap ada cara2 nak tempah, segala mak nenek la ade kat blog tu.
Sila2 la menjengah : http://yazidburger.blogspot.com/



Haaa...nampak tak kebesaran burger ni tahap mana...
Besar gilebaps!
Tak silap yang besau ni 1kg punya burger, harga RM40.
Rasanya 5-6 orang pon boleh makan ni.
Dia ada bermacam2 size burger.
Senang cerita gie tengok details kat blog mereka.

Teringin nak try.
Tapi tak tau bila.
But for sure, bila aku dah try, aku akan buat review nya nanti.

Tuesday, March 27, 2012

The Dream Wedding - Part 1

Salam.


Heh!
Dah beranak pinak pon nak ber-dream-dream bagai kan.
Ekekeke!
Ape salahnya.
Dulu yg di-idam2kan tak dapat nak di-realisasikan.
Dah la tak dapat di-realisasikan, apa yang diharapkan tak semua jadi seperti yang diharapkan.
Lari jauh sangat!
Sampai sekarang mood bridezilla masih menguasai diri.
Buweghh!
Dan atas sebab itu jugak lah, wujudnya post ni dan post ala2 cenggini utk masa akan datang.
Verangan jelaa yang mampoo!


Ok lah, andai kata lah masa boleh diputar semula, aku teringin sangat nak buat Rainbow Wedding Theme :)


~ pelamin cenggini dari Mahligai Creative
walaupun warna nye tak semua ada warna pelangi, tapi masih lagi ala-ala banyak warna so that's why aku suka :)
 [gambar kredit : mahligaicreative.blogspot.com ] 

**********

~ kad walimatulurus cenggini dari KAD-KAD KAHWIN
tapi in terms of warna, mungkin aku akan tukar jugak kepada warna-warna pelangi.

[gambar kredit : www.kad-kadkahwin.com]  

********** 

~ kek kawen cenggini dari Laura & Daddy's Macarons
seriously kek pelangi mereka amat lah terbaekk! bukan la kek pelangi je, dalam banyak2 red velvet yang aku pernah makan, mereka punya antara yang tersedap.
[gambar kredit : lauramacarons.blogspot.com ]  

********** 

~ doorgift utk orang2 dewasa pun dari Laura & Daddy'Macarons
like i said, i super-duper love their rainbow cake!
[gambar kredit : lauramacarons.blogspot.com ] 

********** 

~ doorgift utk kanak2 pun dari Laura & Daddy'Macarons
tapi mereka belum pernah buat pop cakes tak silap.
takpe...boleh request! ahahha! sesuke hati je!
[gambar kredit : www.google.com.my ]  

********** 

~ in terms of baju bersanding pulak, dah semua nye nak warna pelangi, takkan la baju pon nak pelangi. 
Pening la kepala sume org nengok kan.
Material : Songket Tabur
Warna : Putih. Of course la utk kontrakan dengan warna pelangi yang dah macam2 warna tu ;p
Pattern : Kurung Modern. Dengan kata lain, aku suka gila dengan baju nikah blogger fevret aku, puan LEONORA HALIM :)
Kainnya ala2 songket tabur gitu tapi siap ade mcm2 perincian.
Ade beads, ade lace sket.
Cantekkkk!!!! Grrr!
[gambar kredit : leonorahalim.blogspot.com ]  

Antara gambar baju yang bermaterialkan Songket Tabur warna Putih :

[gambar kredit : www.google.com.my ] 

Antara pattern baju lain yang menjadi idaman kalbu :

[gambar kredit : www.google.com.my ] 

**********  

~ utk venue pulak, dah tentu aku pilih Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang.
Alaaa yg tempat baru tu.
Memang cantek sangat tempat tu [pada aku laaa]
[gambar kredit :  photogpicisan.wordpress.com ]  

********** 

~ utk outdoor photoshoot plak, ape kata buat kat sini :
[gambar kredit :  rilekrilek.blogspot.com ]  

~YOUR RAINBOW PANORAMA~
Berangan la kau minahh!
kekekekek!
Nak jugak ade unsur2 pelangi kan :p
Tempat ni adelah dekat Aarhus, Denmark betul2 dekat atas bumbung Muzium Seni ARoS :)

**********  

Semua ni akan terjadi kalau aku boleh putar masa la.

:(


Monday, February 27, 2012

Postpartum depression

(p/s : please bear in mind,post kali ni agak panjang. Maklumlaa,update belog lima tahun sekali. He'eh!)

Salam!

Sebelum ni dengar je pasal Postpartum depression ni.
Tengok kat tv,dengar cerita dari org2 tua ada yg sampai meroyan,Nauzubillah.
Tapi bila dah terkena batang idong sendiri,baru tau camne hazabedah nye rasa.

Menatang ape postpartum depression tu?
Postpartum depression is moderate to severe depression in a woman after she has given birth. It may occur soon after delivery or up to a year later. Most of the time, it occurs within the first 3 months after delivery.
(Source : PubMed Health)

Ianya bermula bila aku balik dari hospital.
Tak tau kenapa aku terbawak2 sangat perasaan melo masa tu.
Sebaik saja sampai kat rumah,aku diarahkan oleh mak aku utk berehat saja kat bilik,tak elok duduk lama2 katanya.
Pergilah berbaring.
Elok je aku masuk bilik,aku dah start rasa nak menangis.
Utk pengetahuan semua,baby's playpen kami letak di ruangtamu memandangkan keadaan & size bilik aku masa tu sangat tak mengizinkan utk aku letak playpen dalam bilik.
Terlalu sempit!
Ok fine,bila aku dok dalam bilik dan baby kat luar dengan tok nya,aku pon dah start resah gelisah sampai kan aku diam2 curi selimut baby bawak masuk bilik utk aku cium bau baby yg melekat dekat selimut tu.
Fuhhhhh sensentap sangat feeling masa tu.
Rasa mcm aku berjauhan sangat dgn baby padehal jarak antara bilik dgn ruang tamu hanya 3 langkah je pon.
Sepanjang dalam bilik aku menangis diam2.
Aku tak tau pasai pa.

Yang paling kronik,bila aku dengar baby menangis.
Lagi teruk aku menangis.
Kebetulan masa tu susu tak nak la pulak keluar kan ditambah plak lagi baby tak reti nak latch on langsung!
Lagi la aku sentap sbb rasa bersalah baby nanges sbb lapar disebabkan susu maknya non hadooo!
Masa tgh nanges tu sempat utk cuba berpikiran positif dgn mengatakan jap jap gi ade la susu nya!

Fine,itu baru permulaan saja.
Pada malam nya,aku pon berusaha la utk pam susu dengan harapan susu akan keluar la dgn banyaknya.
Tapi memang tak ada rezeki baby haritu,mmg keluar pon susu hanya setitik dua.
Apa lagi,melalak lagi la aku masa nak tido.
Memula husband heran,apesal nanges,dia tanya.
Aku nanges dan terus nanges.
Satu persatu pilihan jawapan husband bagi.

A) sakit tmpt operation ke?
B) sbb dgr anak nanges ke?
C) sbb takde susu ke?

Sampai je tang jawapan C tu,sampai teresak2 aku nanges.
To the max lah!
Utk menambah perisa lagi,baby pulak turut menanges masa tu.
Aduhhhhh!
Lagila aku tak boleh kontrol perasaan.
Tanpa aku sedar pastu husband aku pon nanges sama.

'sabarla mommy,insyaAllah esok2 adela tu. Dah,jangan nanges ye sayang. Daddy paham mommy sedih,tapi tak elok nangis teruk2 camni masa tgh pantang ni.'

Tak semena2 mak aku 'menjerit' dari luar,'hang nanges ka??! Jangan ngengada nak nanges lebih2 ye. Meroyan kang!' nauzubillah!
Terus aku stop.
Ekekekekek!
Sapa mau meroyan cuba habaq mai?
Sapa pon tak mau!
Ok pas penat2 nanges ape lagi,tido laaa.
Memang rasa letih tu masih ada walopon beranak perut kena belah.
Owh! Camne mak aku boleh dgr aku nanges...pintu bilik aku mmg tak ditutup rapat,senang nnt nak sedar bila mak aku panggil dari luar.
Ehehehhe!

Keesokkan paginya,bila aku terjaga dari tidur tiba2 rasa cam basah je t-shirt yg aku pakai.
Basah kat bahagian breast la kan.
Ya Allah masa tu tak tau nak kata gembira nya mcm mana!
Engorge upenya.
Terus pegi basuh & cuba bagi baby latch.
Tapi,baby tak mau.
Adoi...
Mmg aku akui masa tu nipple aku dikategorikan sebagai inverted nipple.
Org kata rajin2 la pump,nnt dia ok la.
Boleh kata aku pump sehari tu sebanyak kali yang mungkin.
Tapi masih lagi invert.
So aku ambek keputusan utk pump dan bottle feed je baby.
Memang hasil utk hari tu agak memberangsangkan!
Sangat!
Paling maximum,penuh satu botol medela tu pastu pam lagi n dapat another 4 oz.
Mmg syukur sangat ;)
Rezeki baby ;)
Tapi pada masa yg sama sentap gak!
Sampai hati baby tak mau breastfeed.
Alahhh,ngan baby pon nak sentap!
Lempang kang!
Aku cuba berkongsi cerita dgn beberapa org kawan yg masa tu pun tgh dalam pantang.
Sumenya nasihatkan aku utk cuba kontrol perasaan.
Jgn terbawak2 sgt.
Terima kasih kawan2! ;)


1st time pump dpt banyak mcm ni,rasa happy sesangat! Semangat nak pump lagi ;)

Itu baru bab breastfeed.
Ni part baby kene jaundice plak.
1st few week,baby mmg ada jaundice sikit.
Tak teruk sangat tapi nampak la jugak sikit2.
So mak aku pon try la jemur dia dekat balcony dapur.
Masa mula2 tu baby pon terkejut dan nanges dengan sangatla teruk.
MasyaAllah masa tu tak tau la macam mana nak kata betapa remuk redam nya hati aku.
Apa lagi pastu,melalak la diam2 lam bilik!
Tutup muka dengan bantal siap.
Husband tau aku akan menanges, secara otometik dia masuk bilik & peluk aku.

'tak mau la nanges mommy. Kita jemur baby kejap je. Kan nak bagi baik jaundice tu...'

Rupa2 nya dia pon mata dh berair masa tu.
Hadoiii.
Bila dengar dia kata mcm tu,aku pon cuba berpikiran positip lagi.
Betul jugak kan.
Kan jemur nak bagi baik.
Memangla jemur nak bagi baik,tapi tak bley tahan woorrr dengan baby nanges teruk cenggitu!


Masa ni baby tido je walopon tgh jemur. Best kot rasa suam2 haba matahari pagi. Very gud boy! ;)

Ok,part tu habis kat situ.
Hari2 yg seterusnya aku dah ok.
Siap cakap ngan baby, 'sekejap je ye sayang mommy jemur ni ;)'

Lepas habis part2 tadi,timbul pulak part baru.
Yang ni aku pon pelik la dgn perangai aku sendiri.
Aku tak boleh & tak suka orang lain pegang baby melainkan aku,mak aku & husband je yg pegang.
Ade satu hari tu,masa mak mentua aku dtg rumah nak tgk baby.
Then,ade jugak sedara mara yg lain.
Supposedly aku gembira & bangga nak tunjuk anak sendiri kat org tapi aku tak.
Aku taknak org lain pegang anak aku!
Those were the bad days laaa,skarang tidak lagi ;)

Lagi satu yang paling aku tak boleh blah.
There's one day,masa tu husband balik lambat & hanya aku dan baby kat rumah.
Then aku tepon husband & suruh dia balik cepat.
Sebaik sahaja sang husband sampai depan muka pintu,dah tutup pintu semua, tak pasal2 aku nanges teresak2 sambil cakap, 'apesal balik lambat???tau tak tinggal saya dgn baby je dekat rumah?!'
Whatdakambinglembukucingikan?!!!
Sang husband pon terpinga2 masa tu.
Heran dia apesal aku nanges teruk sangat.
Takde sebab pon sebnanye nak nanges tu.
Tetibe je rasa nak nanges tanpa dapat dibendung lagi.
Husband pun kadang2 ade marah jugak.
Mana tak nya,aku nanges bukan sikit2,bukan biasa2,setakat mengalir air mata je.
Takdeee!
Sekali nanges,org lain tgk pon boleh risau.

Tehehehehe!
Bila ingat2 balik saat2 genting highland masa tu, rasa kelakar pon ada,rasa mcm sengal pon ade,rasa bodow pon ade.
Tak ramai yg tau pasal ni.
Hanya husband & few close friends je yg tau.
Mak aku???
Gila nak bagi dia tau!
Mau aku kene ceramah 100 hari 100 malam!
Pastu aku pon melalak 100 hari 100 malam gak kan.
Ekekekek!

Oklah,itu sedikit sebanyak pengalaman aku masa dalam pantang.
Tapi shukor Alhamdulillah,aku dapat kawal perasaan aku dan takde la sampai tahap nak meroyan,Nauzubillah!
Feeling melo belo tu tahan sebulan je.
Pastu dah kembali normal seperti biasa ;)

Sapa2 yg terbaca entry ni,pernah tak lalui pengalaman yg sama?
Meh kita sharing pengalaman masing2! ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 14, 2012

Vacancy!

Salam
Hanya update sepantas kilat.
Sesapa yang masih mencari pekerjaan / nak tukau keje ke, sila email saya di iza.abdrahman@gmail.com utk pertanyaan lanjut.

Jawatan : Helpdesk Analyst
Lokasi : Cyberjaya (ada petrol allowance)
Kelayakan : pengalaman berkerja sebagai Helpdesk Analyst,fasih berbahasa inggeris,sanggup kerja malam (ada extra allowance).

Benefits : perlindungan insurance utk diri sendiri, anak & suami/isteri (lepas confirm 3 bulan),dental reimbursement,selebihnya klo dah confirm dapat akan diterangkan lebih lanjut oleh pihak HR.

Sapa2 berminat / nak tanya lebih lanjut just email me. Hari Khamis ni ade walk-in interview. Jadi,cepat! Sementara stok masih ada! Eheheh!

- Posted using BlogPress from my iPhone