Thursday, October 13, 2011

Selamat datang sayang ;) - part I

Heyyaa!
Ape kaba sume???
Harap sihat sejahtera hendaknye ye.

Ok mari bercerita pasal detik2 kelahiran putera sulung yang tersayang. ;)

5th October 2011,Wednesday
0700am : pagi2 buta dah pening. Kesan daripada tak cukup tido malam nye sbb demam. Pagi2 dah merengek ngan en.somi 'nak tidoooo...nak tidoooo...'

En.somi dah risau. Keluar bilik & bagitau mama yg aku dok pening kepala sbb smlm tak boleh tido. Mama pon dah start risau sbb takot blood pressure tinggi. So we decided utk jumpe my OBGYN lam pkol 9.00am camtu. En.somi ambek EL to bring me to hospital. Sempat mama bagi panadol 2 bijik n sempatla menjamah almond london 6 bijik.

0900am - 1130am : gerak ke spital. Lam 15 menet gak tunggu doc sampai. Bila doc sampai dia t'kejut tengok muka aku. Ikikikiki! Sepatutnya appoinment hari Sabtu,tetibe tersembul hari Rabu. Eheheheh!

Bila masok bilik doc,cerita la sekian-sekian kat dia. Mama cakap takut aku tetibe ade high blood pressure sbb malam semalam tu kan aku tak boleh tido sbb demam + sakit sana sini.
So memang motif pagi tu pegi jumpe doc adelah untuk check samada aku ade high blood pressure @ tak. Since ramai jugak yg tanye,ade sakit2 ke yg pegi jumpe doc tu. Nope,memang xde tanda2 langsung yang aku akan beranak. Contraction ke turun tanda ke. Memang takde.

Ok back to the checking the high blood pressure. Doc check check memang blood pressure normal. Then doc tanya benda laen bila aku cakap aku memang tak boleh tidur sebab sakit kat bawah. Nak pusing kiri kanan pon susah. Then doc cakap jom buat ultrasound.

Bila buat ultrasound tengok2 baby songsang. Then aku tanye la tali pusat kat mana since sebelum ni skejap kat bawah skejap kat atas. Doc check check tengok2 dekat kaki ye u olls.
Then bila doc tanya je 'ade makan ape2 tak tadi?', otometik lam kepala aku kate ni mesti nak operation harini jugak ni. Aku pon bagitau just makan panadol, susu dgn almond london beberapa ketul. Pas dah ultrasound,doc cakap 'tali pusat kat bawah ni,dekat kaki baby. It's too risky. Kene c-zer jugak.' Aku pon otometik tanye,'bila?'. 'Harini jugak. Dalam pukul 1 ke 2 camtu.' Halamak. Rasa mcm takde darah je kat muke. Sebelum ni punya la dok pujuk baby tiap2 hari soh keluar,haa skang dah nak keluar cuak la plak. Alaa stended la tu kan.

Then mama & en.somi pon cakap 'u do whatever it takes la doctor. Yang penting dua2 selamat'. 'insyaAllah ;)' doctor cakap. Pastu ape lagi,terus pegi kat kete amek bag sume yg mmg dah lama standby lam kete. Surat admission pon ade lam bag. Mama uruskan admission while me & en.somi terus naek maternity ward. Lucky me, kawan2 mama ramai yang uruskan aku from A-Z mase dekat labour room. Cucuk sana,cucuk sini,cukoq sana,cukoq sini. Ikikikiki! Maluuuu! ;p macam biasa la kan,aku pon cbok mem-poo poo selepas ubat poo poo diberi. Ahakss! Mase tu en.somi tgh cbok uruskan bag dekat wad.

(mode aku mase tgh kene cucuk drip,urine tube,etc : rase nak patah balik masa! Rasa tanak beranak time tu! Rasa tanak beranak lagi! Ekekekek! Tapi lam hati kate,sooner or later baby perlu 'dikeluarkan' jugak. So layan jelah!)

Ok ade perubahan waktu pembedahan. Masa aku tanya nurse,dorang kata doc nak buat operation pkol 1200pm. Whatt??? Mase tu dah 1115am camtu. Tgh buat CTG. En. Somi yang baru je masok lam labour room mase tu t'cengang2 tanye bunyi ape tu???? Bunyi jantung baby la aku cakap ngan dia. Sengih2 je dia. Maklumlaa sebelum ni masa check up mmg en.somi tak pernah ikut.

Mase tgh cbok2 nurses menguruskan aku,aku tanye gak husband boleh masok OT tak. Then dorang kate selalunye kalao emergency c-zer doc tak bagi ;( alaaa sedey la camni!

1145am : aku pon ditolak ke OT,mama & en.somi pon ikot sama. Perasaan aku mase tu : takde rasa takut pon. Siap maen peace2 lagi ngan mama! Ahahaha! Mama pulak yang cuak semacam. Sesampai je kat OT,mama terus cakap ngan dak2 OT kate en.somi nak masok skali. Sementara staff OT nak transfer aku dari katil wad ke katil OT tu, en.somi pegi tuka baju pakai baju OT. Tapi aku xberapa perasan masa tu. Yang aku tau pas aku ditolak masuk ke kawasan OT tu, aku ditinggalkan sorang2,dengan tetiber muncul satu 'doctor' ni dah siap pakai baju operation datang menyengih2 kat aku. Lam hati aku apehal doctor ni sengih2,nak kate doc yg nak operate aku,laen bebeno mukenye. Laaaa rupe2nye laki aku! Ahahahhahaa! Sumpah laen gila sbb dia siap pakai topi operation tu skali! Ihihihihi!

Huh! Panjang nye crite! Nanti sambung lagi lah! My lil buah hati dah bangun ;) tunggu part II plak eh ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

^wut say you^