Wednesday, May 26, 2010

simple-simple dah le...

Erk!
Lagi 114 hari???
Ok, xpe...lame lagi laa...

=p

Ape2pon, persiapan masih berjalan.
ALHAMDULILLAH...kebanyakkan nye berjalan dengan sangat lancar.
Ape yg akan berlaku esok je yg buatkan aku rase cam nak termuntah!
Buweeekkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Ape yang nak jadik esok???
Ok, esok aku akan ke Mahkamah Syariah utk mendapatkan kebenaran HAKIM utk menikah menggunakan WALI HAKIM.
Kenape aku gune WALI HAKIM???
Adela sebabnye yang aku rase xpatot aku tulis dekat cnie.
Tapi sape yg nak tau jugak e-mail je la ye...ade ke yg nak tau???Eehehhehe...kot la ade kan!
Tapi ape yang pasti, penyebab kepada semua ini + melalui proses2 ni adelah sebahagian daripada dugaan dalam perjalanan kami utk membina MASJID.
Ye la...bak kate pak sedare aku kan tu semua dugaan.
Cekalkan hati, kuatkan semangat, teruskan perjuangan...
Itu je yang mampu aku ckp.
Ape2 pon, semuga semua nye berjalan dengan lancar esok. AMIN...

Ok lah...malas nak ber-meleleh2 lagi!
Nak tukar topik plaks!

Ape update persiapan aku setakat ni?
Setakat hari ni la ye...seperti lam entry aku yang SATU ni, Alhamdulillah baju nikah aku & Sayang dah siap dan selamat sampai ke tangan kami dengan jayanye! Eheh!
So, skang ni kedua2 baju dha dihantar utk di-DRY CLEANING.
Hari Jumaat nnt siap.
Tapi dalam hati aku masih x tenang, takot sesuatu berlaku pada baju itu...oh!tidakkkkk!!!
Takmoh pikir yang bukan2...
Aku kene yakin yang mereka mengendalikan baju itu dengan penuh ke-professionalan! Bahasa apekah?????
LOL!
Ok,baju settled!

Last Sunday sempat aku pegi membeli belah (membeli belah la sangat!) dengan Sayang kat SEMUA HOUSE.
Dah lame dah aku tengok set Al-Quran dengan Tasbih siap dengan kotak baldu nye skalik yang pada mata aku mmg sesuai sangat utk dijadikan hantaran.
Harga sangat reasonable.
Tak silap price range between RM90-RM110.
Not bad kan!
Yang RM90 tuh bhgn atas kotak baldu tu xde sebarang hiasan.
Yang RM100 tu ade hiasan.
Yang RM110 tuh x silap dier x gunakan kotak baldu, tapi lebih kepada kotak yang nampak lebih eksklusif.


~lebih kurang camni la yang RM110 punye...abaikan deko bunge2 tuh sbb RM110 tidak termasuk hiasan.Eheh~
^gambar kredit to : zolmempelaicreative.blogspot.com

*********************************************************************************************

Hurrmmm...berckp mengenai AL-QURAN yang ingin dijadikan hantaran ni, sempat aku terjumpe satu crite ni semase cbok meng-google...layan dulu!

Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..


“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.


“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..


“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.


“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad


“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Ra’d



“Apa benda nih ” detik hati Nabil.


“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu..


Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.


Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Peringatan buat semua…



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.



Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’


Renung2kan & selamat beramal...eheheh!
 
****************************************************************************************
 
Ehhhhhhh! Entry ni blom tamat lagi ye!
 
Berbalik pada Al-Quran tadi, Sayang pon dah siap pesan jangan beli je pastuh tak bace!
Baekkkkk!
Saya akan bace.
Awak dah janji kan nak ngaji ngan saye bler dah jadik somi isteri nnt :)
 
Ok, berbalik pada barang2 utk hantaran.
Selain dari Al-Quran, sempat jugak aku beli kasut utk Sayang & of course utk aku pon mestila ade kan!
Huahuahuahuauhuhauha!!!
 
Kasut tu hanye akan dipakai nnt utk majlis akad nikah je.
 
Pas kenduri bley la buat basahan.
Ape yang aku bley ckp pasal kasut aku tu...SIMPLE GLER!
No heels...ade pon stengah inci je kot.
Ye...kasut kawen ku flat!
Ade ke org kawen pakai kasut flat???
Sepanjang 'pengembaraan' aku kat dunia BLOGGER (b2bs' blog) ni, xpernah aku terserempak ngan mane2 penganten yg pakai flat shoes mase hari nikah.
Kasut tu pakai pon utk nnt pegi outdoor photography session je.
Plus, aku mmg x brape selesa nak pakai high heels pastu nak berjalan ke hulu ke hilir plak.
Tau2 jela kalau outdoor session nnt kan.
So, sbb tu aku telah mengambil keputusan utk beli kasut ITU.
Mule2 tu mmg mak aku cam xbrape setuju kan, pas dier tgk aku pakai kasut tu dier setuju plak.
Bler aku ckp, nanti kan pakai inai nampak santek la...perasannnnnn wehhh! Kaki pon kedut2! ;p
Tapi pendapat aku di-sokong oleh Sayang. TQ Lalink! :-*
Macam yg aku mentioned dalam entry KASOT nih, aku nak kan kasut yg simple & kalau boley yg terbukak laa...
Udara boley keluar masuk so xde la bau kaki! Ehhhh! Kaki aku xde masalah bau-bauan yee....!
Plus nnt bley nampak inai :p xabes2!
Xkisahlah!
Janji kasut tu selesa aku pakai, SIMPLE dan aku suka! Sbb aku yg pakai kan!
 


lupe name website amek GOOGLE kasut nih!
 
Gamba kasut2 ini hanyelah ala2 saje ye dgn kasut ku... :p
Gambaran la kire nye. Eheh!
 
OK lah!
nanti sambung lagik!
Chiooooowwwww!

No comments:

Post a Comment

^wut say you^