Wednesday, May 26, 2010

simple-simple dah le...

Erk!
Lagi 114 hari???
Ok, xpe...lame lagi laa...

=p

Ape2pon, persiapan masih berjalan.
ALHAMDULILLAH...kebanyakkan nye berjalan dengan sangat lancar.
Ape yg akan berlaku esok je yg buatkan aku rase cam nak termuntah!
Buweeekkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Ape yang nak jadik esok???
Ok, esok aku akan ke Mahkamah Syariah utk mendapatkan kebenaran HAKIM utk menikah menggunakan WALI HAKIM.
Kenape aku gune WALI HAKIM???
Adela sebabnye yang aku rase xpatot aku tulis dekat cnie.
Tapi sape yg nak tau jugak e-mail je la ye...ade ke yg nak tau???Eehehhehe...kot la ade kan!
Tapi ape yang pasti, penyebab kepada semua ini + melalui proses2 ni adelah sebahagian daripada dugaan dalam perjalanan kami utk membina MASJID.
Ye la...bak kate pak sedare aku kan tu semua dugaan.
Cekalkan hati, kuatkan semangat, teruskan perjuangan...
Itu je yang mampu aku ckp.
Ape2 pon, semuga semua nye berjalan dengan lancar esok. AMIN...

Ok lah...malas nak ber-meleleh2 lagi!
Nak tukar topik plaks!

Ape update persiapan aku setakat ni?
Setakat hari ni la ye...seperti lam entry aku yang SATU ni, Alhamdulillah baju nikah aku & Sayang dah siap dan selamat sampai ke tangan kami dengan jayanye! Eheh!
So, skang ni kedua2 baju dha dihantar utk di-DRY CLEANING.
Hari Jumaat nnt siap.
Tapi dalam hati aku masih x tenang, takot sesuatu berlaku pada baju itu...oh!tidakkkkk!!!
Takmoh pikir yang bukan2...
Aku kene yakin yang mereka mengendalikan baju itu dengan penuh ke-professionalan! Bahasa apekah?????
LOL!
Ok,baju settled!

Last Sunday sempat aku pegi membeli belah (membeli belah la sangat!) dengan Sayang kat SEMUA HOUSE.
Dah lame dah aku tengok set Al-Quran dengan Tasbih siap dengan kotak baldu nye skalik yang pada mata aku mmg sesuai sangat utk dijadikan hantaran.
Harga sangat reasonable.
Tak silap price range between RM90-RM110.
Not bad kan!
Yang RM90 tuh bhgn atas kotak baldu tu xde sebarang hiasan.
Yang RM100 tu ade hiasan.
Yang RM110 tuh x silap dier x gunakan kotak baldu, tapi lebih kepada kotak yang nampak lebih eksklusif.


~lebih kurang camni la yang RM110 punye...abaikan deko bunge2 tuh sbb RM110 tidak termasuk hiasan.Eheh~
^gambar kredit to : zolmempelaicreative.blogspot.com

*********************************************************************************************

Hurrmmm...berckp mengenai AL-QURAN yang ingin dijadikan hantaran ni, sempat aku terjumpe satu crite ni semase cbok meng-google...layan dulu!

Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..


“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.


“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..


“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.


“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad


“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Ra’d



“Apa benda nih ” detik hati Nabil.


“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu..


Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.


Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Peringatan buat semua…



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.



Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’


Renung2kan & selamat beramal...eheheh!
 
****************************************************************************************
 
Ehhhhhhh! Entry ni blom tamat lagi ye!
 
Berbalik pada Al-Quran tadi, Sayang pon dah siap pesan jangan beli je pastuh tak bace!
Baekkkkk!
Saya akan bace.
Awak dah janji kan nak ngaji ngan saye bler dah jadik somi isteri nnt :)
 
Ok, berbalik pada barang2 utk hantaran.
Selain dari Al-Quran, sempat jugak aku beli kasut utk Sayang & of course utk aku pon mestila ade kan!
Huahuahuahuauhuhauha!!!
 
Kasut tu hanye akan dipakai nnt utk majlis akad nikah je.
 
Pas kenduri bley la buat basahan.
Ape yang aku bley ckp pasal kasut aku tu...SIMPLE GLER!
No heels...ade pon stengah inci je kot.
Ye...kasut kawen ku flat!
Ade ke org kawen pakai kasut flat???
Sepanjang 'pengembaraan' aku kat dunia BLOGGER (b2bs' blog) ni, xpernah aku terserempak ngan mane2 penganten yg pakai flat shoes mase hari nikah.
Kasut tu pakai pon utk nnt pegi outdoor photography session je.
Plus, aku mmg x brape selesa nak pakai high heels pastu nak berjalan ke hulu ke hilir plak.
Tau2 jela kalau outdoor session nnt kan.
So, sbb tu aku telah mengambil keputusan utk beli kasut ITU.
Mule2 tu mmg mak aku cam xbrape setuju kan, pas dier tgk aku pakai kasut tu dier setuju plak.
Bler aku ckp, nanti kan pakai inai nampak santek la...perasannnnnn wehhh! Kaki pon kedut2! ;p
Tapi pendapat aku di-sokong oleh Sayang. TQ Lalink! :-*
Macam yg aku mentioned dalam entry KASOT nih, aku nak kan kasut yg simple & kalau boley yg terbukak laa...
Udara boley keluar masuk so xde la bau kaki! Ehhhh! Kaki aku xde masalah bau-bauan yee....!
Plus nnt bley nampak inai :p xabes2!
Xkisahlah!
Janji kasut tu selesa aku pakai, SIMPLE dan aku suka! Sbb aku yg pakai kan!
 


lupe name website amek GOOGLE kasut nih!
 
Gamba kasut2 ini hanyelah ala2 saje ye dgn kasut ku... :p
Gambaran la kire nye. Eheh!
 
OK lah!
nanti sambung lagik!
Chiooooowwwww!

Friday, May 21, 2010

Ade update tak?

Ish ish...
Orang laen sibok update blog derang, awak dok asek x meng-update blog awak...
Camne??? Tulaaa...gatal sangat nak berbelog-belog! ;p

Uh! Camne nak update??
Bizi laa...
Trening dekat ofis...mencik! Sbb asal trening je mengantuk, asal mengantuk je trening!
Pastu abg-migraine skang ni slalu sangat datang 'menjenguk'. Ni pon abg-migraine xnak beramboih lagik nih!
Dugaann...

Semalam mmg le aku meng-apply cuti utk settle-kan mende2 yg KENE settle.
Senang crite, urusan utk BORANG KEBENARAN BERNIKAH le.
Both aku & Sayang berkejaran dari pagi bute sampai la ke petang dan di-iringi hujan yang lebat dan kami berdua pon basah lenjun ye sbb memanjat tangga JAWI yang ter-sangat laaaa banyaks ok. Kalau aku ulang alik ke JAWI tu sebulan kompem kurus punye lah!

Akhirnye, semua nye hampir settled tapi abg-migraine ni mmg aku x mampu nak settlekan. T_T
1stly, bler sampai je kat tingkat 3 JAWI tu (Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga) aku dah mule rase cam nak pitam gler vavis punye. 
Honestly, aku bukan lah jenis org yang aktif bersukan, so bler terjadi kejadian rushing-merushing nak sampai JAWI sebelum pkol 5 ptg punye pasal, aku terpakse la menganggap diri aku ni atlet berbadan besar & berkejaran bermarathon naek tangge yg melambaks.
Ok sambung...
Bukan saje rase nak pitam, dah macam2 sangat dah rasenye!
Muke jadik pucat + palpitation yg cam ntah hape2 dah + tekak cam dah berpuluh2 tahun x minom air + mate pusing2 360 darjah + kaki cam dah xleh nak lurus + macam2 lagik!

Hasilnye...???
MC la aku harinih sbb ABG-MIGRAINE semakin 'memberontak'!
Camne ntah nak gie Company's Outing esok...

Ok, cecukup le crite pasai ABG-MIGRAINE nih.
Buat tambah sakit je.

Let's get back on track.
Migraine, migraine jugak.
Urusan kawen tetap kene teruskan.

Buat setakat ni, Alhamdulillah...
Baju utk akad nikah dah siap.
Yerp! Aku tau, awal gler.
In fact, tukang buat baju tu pon dok potpetpotpet ckp awal lagik.
Mak xkisah, janji baju ni dah ade depan mate.

Semalam petang, W kol aku.

'Awak, awak punye baju tu kaler krim bunge2 pink eh???'
'Haaa...yang kain PUTIH manik2 PINK...' purposely aku tekankan PUTIH tu.
'Oooo....ok'

Talian terputus.
Aku pon berfikir sejenak sambil dah rase x sedap atie nih!
Dia dah salah jahit ke???
Dia dah tertukar kain aku dengan kain orang lain ke???
Ah! SUDAH!!!
Aku pon dengan x tenang atie nye kol dier balik.

'W, nape eh tadi tanye pasal kaen tu??? Salah kaen ke???'
'Eh, taakkk...kiter kompius la! Semua penganten2 nye 'kecik2' belake!'
'Hahh???'
'Haaa..xpe2, meh datang fitting malam nih!'
'Hahhh!Ok2!!!! Pkol 9.30 ok???'
'Lambatnyee...'
'Mase tu je kiter boley datang...'
'Ok lah!'

Seriusly!
Rase cam nak melompat sesangat!
Hilang skejap MIGRAINE!
Sebnanye pagi semalam aku kol W nak tanye pkol brape boley datang fitting baju sbb katenye hari Khamis dah boley datang.
Aleh2 mase tu dier ckp baju siap next week laaa...Khamis next week.
Pergghhhh! Rase cam nak guling2 atas jalan mase tuh!
Rupe2nye baju yg siap Khamis next week tu rupenye baju orang lain!
Fuhhhhh!!!
Lega gler ok!

9.15pm.
Dengan perasaan berkobar2 migraine yang berkobar2 aku gagahkan jugak pegi ke tempat W utk fitting baju dengan Sayang.
Sampai je kat bawah umah W, ktorang tggu je sbb W tengah makan kat gerai yg t'dekat kat ctue.
Lam 15 minit kemudian, datanglah W melenggang kangkong...
Membebel kejap member! Ehehehe!

'Mak datin tuh hari2 telepon kiter! Haaa...skang dah siap kan. Nanti awak bley la bawak balik ye...'

Biasak la mak datin tuh.
Mak datin = mak aku!
=p

3 menet pas W abes ber-asap, kami pon naek la ke umah dier.
The 1st time aku tengok baju aku & Sayang, rase cam excited gler kot!
Terus la gie fitting.
Mmg baju itu sangat terletak dan sangat selesa aku memakainya!
Alhamdulillah... :)
Syukur sangat!
My Pinky BOY Sayang punye baju melayu pon sangat2 terletak!
Ape yang perlu aku buat skang ni ialah men-DRY CLEANING kedua2 baju itu.
Hurmmm...masih berpikir2 mane nak anta supaya tidak tersalah pilih tempat yang boleh menjahanamkan baju kesayangan aku itu!

InsyaAllah bulan depan nak bawak baju aku itu utk berjumpe dgn Kak Hawa (KOLEKSI VISPERA) utk dier tengok material & colour baju aku ni.
Supposed aku bagi kaen perca je, disebabkan kaen perca dah kene buang, so kenelah hangkut baju yg dah siap tu jumpe K.V. utk dier nak buat tudung nnt.

~sedikit teaser utk baju akad nikah aku yang sangat2 biase ini. Sila abaikan baju bunga2 kepunyaan MAK DATIN itu ya! Terdapat di situ jugak baju melayu Sayang yang blom ber-iron, same la cam baju aku. Blom ber-DRY CLEANING~

Thursday, May 13, 2010

1.2.7 left!

Ok, menurut kepada countdown kat page aku ni, menunjukkan lagi 1.2.7 hari lagi.
Tapi aku rase preparation aku cam hape je.
Ape je yg aku dah prepare?

BAJU NIKAH dah hantar kat 'mak' andam, tapi blom tau progress nye camne. 
Hurmmm...katenye paling cepat 2-3 minggu dah siap.
Skang dah 2 minggu dah.
Hurmmm...alasan ape ye aku nak carik supaye aku bley b'ckp ngan dier???
Sambil menyelam minom air!
Ehehehhe!
Haaaa!!! Tinggggg!!!
Idea! Haritu aku ade pesan kat dier supaya tinggalkan sket perca kain baju nikah aku tu utk aku bagi kat KOLEKSI VISPERA utk buat tudung.
Yes! Japgi nak kol nak ckp nak amek kain perca tuh!
Muehehehehehe!!!

Then ape lagi eh???
CATERING mama dah letak depo arituh.
Tapi lauk nye xde plak mama ckp ape2, maybe nnt2 kot.
hurmmm...let's see!

GOODIE BAG + Doorgifts arituh mama dah tempah utk VIP nye dekat RESTU REZEKI.
Nnt 29 May nak gie Nilai 3 plak ngan mama + mak dah,  nak survey ape yg patut.

**ok, selingan sket. Baru pas kol 'mak' handam I, ahahah! X saba punye pasal!

   'Assalamualaikum...' dgn sopannye aku memberi salam.
   'Wa'alaikumsalam...' dgn sopan & lemah lembut nye dier menjawab.
   'W...iza nih!'
   'Haa...ye Iza, nape???'
   'Hurmmm...arituh kan Iza ade pesan ngan W soh simpan kain perca kan, ade simpan x???'
   'Ade...baju xsiap lagi laa...(bler mase plak aku tanye pasai baju???) Aaaaa...lam next week camtu siap'
   'Owh! Ok2! Tarahal!Kain perca tuh....(blom sempat aku menghabiskan ayat aku)'
   'Nanti W bagi skali next week ye. Tapi x banyak la perca tuh...'
   'Ehhh...xpe2, mmg nak sikit je pon!'

Ok, lega la bab baju nikah nih. Tetiber juger W menyelit pasal baju nak pakai mase bersanding nnt.

   'Adik, yang baju bersanding tu W ingat kter buat cam ni, songket kat luar merah, kat dalam kter letak                                                                     black+gold. Nak??? Baru klasik sket!'
   'Woahhh! Buleh2! Buleh sangat! Mak x kisah janji kene ade merah + hitam'
   'Haa...pastukan W ingat kter buat cam kebaya Pahang nak??? Kat dada & pinggang fit sket ala2 seksi gtue, pastu labuh smpi bawah lutut. Yela...skang ni org cbok nak buat cam jubah la labuh2...'
   'Owh! Memang itula yang Iza nak sebnanye!Ehehehehe'

Ok, arituh hari Sabtu last 2 weeks aku terpergi Maju Junction ngan mama. Pastuh tber2 mata kami berdua sangat terpaku kat satu Kebaya songket bunga penuh kat satu butik tu. Warna hijau cair sangat. Songket bunga penuh okeh! Cantek glerrrr!!!!! Promoter butik tu ckp name dier 'Kebaya Princess' (same je pattern ngan Kebaya Pahang!). Mama pon sibok la tanye brape harge baju tuh. Skali dier bagi harga daaa...hamek! Ribu riban kau!!! Lupekanlah mama. Ehehehe...

Sambung balik perbualan aku ngan W tadik...

   'Ok, W dah booking dah kain songket tuh, merah menyalaaaaa gtue. Nanti bler2 kain tuh sampai Iza datang tempat W tengok kain tu...kter bincang. Tak nak nnt ade miscommunication kan.'
   'Ye, btol2. Ape2 W kol je Iza ok!'
   'Ok, next week ye baju nikah tu.'
   'Ha'ah...'
   'Ok, W. Bubbye...'

Tuuttt Tuuuttt Tuuutttttttttt

Ok, perasaan? Lega sangat! Tapi sabar duluuu....aku nak tengok outcome nye dulu & yg pastinye aku nak tengok btol ke siap next week. Hurmmm...harap2...

Ok, sambung balik yang tadik.

Lagi ape yang dah buat eh???

DEWAN memang dah booked dah. Awal tahun dah booked. Al-kisahnye pasal dewan ni kan, pada awalnye kami nak buat kat dewan DBKL je kat umah aku tu. Tapi mak sedare aku + mama dok concern sangat pasal tetamu2 VIP mama nnt, takut panas la, hujan la... So ktorang cubela mencari alternatif2 lain yang masih berada dalam lingkungan bajet. Sevey punye sevey, ter-sampailah kami dekat Hotel Putra (seblah dgn Wisma Sejarah & Pusrawi tu) utk men-survey hotel kat ctue utk menempatkan sedare-mare yang akan datang dari kampung nnt. Tapi mase tu ntah nape aku ter-parking kat WISMA SEJARAH tu. So, once keluar dari car park, mak sedare aku ckp pe kate sevey terus kat Wisma Sejarah ni. Lam hati aku mase tu, 'Hurmmm...berangan jelah nak buat kat cnie...'. Kami gie la menuju ke pintu hadapan dan kebetulan ade sorang abg guard ngah jage ctue. So, mama + mak sedare aku yg mmg ringan mulut ni tanyela brape sewa kat ctue klo nak buat majlis kahwin ni. Abg guard tadi dgn kompem x kompem bagitau hargenye...yang dianggap sangat reasonable tuh. Menganga masing2! Xpercaye ko! Menurut abg guard tu harga sewa dewan tu adelah termasuk kerusi+meja+air cond+red carpet! Makin luas kami menganga! WTH??? dah murah gler pon WTH ke???Ehehehhe! Maka tanpa membuang masa, ktorang terus menuju ke arah dewan itu yg berada di aras 3 Wisma Sejarah tu. Sesampainye kami di aras 3 (berdebar2 nih nak tgk dewan nih!!), terus kami menuju ke pintu dewan dah tentu la menuju pintu dewan, xkan kot tingkap plaks!. WOAHHHHHHHHHHHHHH!!!! 1st ayat yang ter-keluar dari mulut aku, mak sedare aku & mama. 


     'Huuhhhh..elok sangat la dewan ni Kak Yah oiiii...' Mak sedare aku berkate2.
     'Tu laa....ni kena booking cepat nih!' Mak aku plak...


'Ok, I ekot aje!' lam hati aku laa...
Tapi pada mase yg same excited gler kot!
Sbb aku x pernah t'mimpi nak buat majlis kat dewan camni.
Sayang pon ckp cenggitu.


So 2 hari lepas tu terus mama & mak sedare aku gie letak depo.
Alhamdulillah, venue dah confirmed.
Tapi sayang laaa...asal nak buat resepsi arie Sabtu terpakse tukar ke hari Ahad sebab dewan dah penuh hari Sabtu.
Ingatkan kami yg paling awal booked! PERASAN!
Yang pastinya ke-kompem-an setelah mem-booking dewan ini telah melegakan hati mama & mak sedare aku yg teramat...Eheheheh!


Picture from HERE

Picture from www.akmaladanan.com

Ade lagi sambungan...nnt lah sambung.
Ade kje sket nak buat :)

Tuesday, May 11, 2010

Cotton & Family Meeting

Woahh!
Tak sabar nak tunggu bulan 6 nnt.
Keluarga kedua-dua belah pihak akan berkumpul utk membincangkan ape yg patot pasal urusan kenduri nnt.
Sebnanye family meeting tu bukanlah sekadar family meeting, tapi nak buat sket mcm kenduri kesyukuran bersempena harijadi mak sedare aku & 2 kazen aku dan juge kesyukuran sbb kazen aku sorang akan menyambung study beliau kat UiTM Perlis + kenduri arwah utk Allahyarhamah Nenda kami yg t'sayang yang telah kembali ke Rahmatullah 1 April lalu.


Jadi, kami me-simplify kesemuanya kenduri kesyukuran + kenduri arwah + both family meeting dalam satu event saje...Ehehehe!


Jimat mase + jimat wang + jimat semuanye!


Lol!


Dan oleh kerana itu juge lah, arie sabtu lepas aku n mamma mia ku telah pergi bersoping kaen ye kat Jalan TAR. Aku punye keinginan yg teramat pada kain cotton, aku pon dengan sukahatinya membeli 3 pasang kain cotton berlainan jenis hari itu ye. Ohohohoh! Sangat happy!


~dari kiri : yang bunge kaler ijau kecik2 tu JAPANESE COTTON, yang tengah tu EMBROIDERY COTTON & yang last skali tuh yang bunge pink purple tu aku x ingat la COTTON jenis ape, tp dier agak statik sket ar kain dier~

Mission akan datang insyaAllah ujung bulan ni aku ingin sangat mendapatkan lagi satu jenis cotton iaitu VISCOSE COTTON yang kainnye...MasyaAllah...sedap gler kot! Tapi duit pon 'sedap' sangat la nak beli cotton viscose tuh kan. Tp xpe, insyaAllah rezki bulan ni byk sket, so bley beli la...Eheheheh!

Oh, by the way! Kain2 ni aku beli kat COSMIC SILK kat Jalan TAR sane, depan Coliseum (panggung wayang lame tuh) & depan Gulatis nye bangunan baru tu. Harga yang aku dapat amat la memuaskan hati + diskaun dier yg mmg mak aku suke gler! Muehehehe!

Now semua kain2 nih dah selamat tiba ke tangan favorite tailor kami kat Bangunan MARA sane. InsyaAllah semua akan siap pada ujung bulan 6, tapi special request aku mintak siapkan kain yg bunga pink+purple tu by 15th June 2010 sebab aku nak pakai mase family meeting tu. Ehehehe...bak kate mak aku, nak pakai depan mak mentua! Muahahah! Yolah mama! :p

Monday, May 10, 2010

Nak nanges ke nak jerit???

Ok2.


Aku confused!


Pagi2 bute di hari Isnin yang mulia ni aku dah confused.


Kompius kenape???


Sebab banyak benda nak kene settlekan + memikirkan perihal Annual Leave aku yg dah tinggal se-co'et je!


Ni x lame lagi ni nak amek cuti lagi sehari...nak gie settle semua in one day (HIV TEST, nak gie JAWI, nak settle pasal WALI HAKIM). Boley ke??? Sempat ke???


Kalu x sempat, xpasal2 aku kne amek cuti lagi sehari....Ya Allah...camne la aku nak buat nih??


Berckp pasal HIV test ni, ade la satu klinik kesihatan dekat ngan umah aku ni, aku kol la dulu kununnye nak buat appoinment la. Aku pon tanyela nak buat test ni ade hari tertentu ke? Jawapannye adelah seperti berikut :


'Cik kene datang ambek pamphlet pasal HIV dulu utk cik bace, sbb nnt doctor nak tanye, pastu nnt dtg lagi skali buat apponiment.'


'X boleh buat semua dalam satu hari ke? Kene datang hari lain2?'


'Ye Cik.' 


Lam hati aku Tuhan je yang tau camne aku menyumpah seranah klinik nih! Bodow tahap gaban! Ingat org ade mase ke nak buat semua tuh??!! Stupid!


Last2 mmbr aku rekemen soh gie je kat Klinik Kesihatan tempat dier pegi dulu. Walk in je. Takyah nak call2 nak buat appoinment. Tapi aku call jugak la, buatnye kang terus gie tber2 jadik cam klinik sengal baboon kat umah aku tuh, buang mase je!


Menurut ABANG yg menjawab kol aku tu, dier kate boleh je nak set appoinment melalui telefon. Xde plak susah payah nak kne datang hari lain bagai. Oh, Alhamdulillah. Xde la aku serabut sangat da nak pk pasal HIV test ni :) 


**TQ ABANG KLINIK!!!!**


~Uhuhu...masih serabot! *_*

Friday, May 7, 2010

TQ Sayang :)

Kelmarin dapat kununnye cam surprise...
From Sayang...
Dier dah informed dari tengah hari lagi.
Balik keje dier x bagi bukak bag sekolah dier. Ehehehe...
Kununnye ade surprise ar lam bag tuh.
Padehal dier dah letak tempat lain. Cait!

Utk pengetahuan anda, hakikatnye sepanjang per-couple-an kami selama beberape tahun ni jarang sangat kami bagi hadiah antara satu sama lain. 
Tapi once dapat hadiah, kami SANGAT SANGAT MENGHARGAI pemberian itu. 
Walopon pade awalnye aku cam jeles bler tgk couple lain sket2 dapat hadiah dari bf derang, tapi aku mengerti ade hikmahnye di sebalik semua ini. 
Eeheheheh...yela maksudnye aku tidak dimanjekan sangat dgn hadiah la. 
Tp bler dapat hadiah, kne la dapat yg mahal2, santek2, liplap2, etc. 
Ehehehe...takdelah! Tak kire la semurah mane pon hadiah yang Sayang bagi, aku appreciate sangat walopon benda tu murah x semahal mane! 
Itula faedahnye klu jarang dimandikan dgn hadiah dari BF. Ehehehe...brape byk dah Ehehehe nih!
Sayang, awak patut bersyukur tau dapat buah hati cam saye :) 
(skali skale mengangkat diri yang berat nih!lol!)

'ape ni sayang?' buat2 tanye plak, xnampak itu KAD!K-A-D! muehehhe!

~meh kter bukak dulu~

~pandangan bahagian belakang kad :)

~bler aku nmpk je bahagian depan ni, ketawe ke-seronok-an yang tahap tak hengat!~

~abaikan kata2 ucapan Sayang ku itu ye!~

~sangat sooka dgn ayat ini~

~yang penting, kad datang bersama si chumel ini :) yang sekarang ni dah jadi 'bodyguard' aku yg ke-5 dalam kereta...eheheh!~

Ok, the truth is, ni adelah antara aktiviti2 membeli jiwa nih. LOL!
Ye, selepas aku menempuhi sakit hati yang teramat almost 2 hari.

**Sayang, remember your promises that you've made to yourself. Don't even bother to promise me anything, just promise it to yourself so whenever you want to break it, you'll remember it**