Sunday, June 17, 2012

My Fave

Perasaan nak menaip membuak2.
Tapi tak tau nak taip ape.
Tetiba dapat idea. 
Tenggg!


Harini aku nak bercerita pasal BLOG / WEBSITE yang aku suke baca & akan aku lawat setiap hari.
Selain dari blog list yang aku follow yang ade di sebelah kanan blog ni, there's another blogs yang aku suke je nak menerjah di waktu lapang. 
Mari kita mulakan, sekarang!
Sebelum tu, Facebook ke Gmail ke Yahoo! ke aku tak masuk skali la ye.
Ni bukan susunan ikot fevret ye. 
Aku buat randomly je.
Lagi satu, post ni bukan post nak kipas bontot ke, promo ke ape.
Aku saja suka2 nak post pasal ni.


1) Beautifulnara - beautifulnara.com
~ BN ni sapa tak tau, kalau nak mengikuti perkembangan donia hiburan, gosip-gosip segala mak nenek bagai, boleh je layan BN ni. Aku preferred BN instead of Rotikaya, OhBulan!, dll adelah sebab BN nye layout ni simple, senang & pleasure utk dibaca. 


2) Peej Burhanpeejburhan.blogspot.com
~ For me she's one of the famous blogger gak kat alam Blogger ni. Blog dia sempoi. Nak kata informative sangat tu tak de la. Aku just suka cara Peej ni. Cara dia bercerita. I would say, dia tak hipokrit. Dia rasa nak smoke, dia smoke. I believed her intention is bukan utk menunjuk2 yg dia pompuan merokok ke ape, it's just her being herself. Sebab tu aku suka baca blog dia. Ntahlah! Memang aku suka lah baca blog dia ni :p


3) Miera301 - miera301.blogspot.com
~ Segala2nya bermula bila aku dapat tau yang Tuan Tanah blog ni adelah kakak ipar kepada ex-course-mate & ex-colleague aku, iaitu Talib suami kepada arwah Norma. Beliau dulu selalu update pasal keadaan arwah Norma & even sekarang arwah dah tak ada, dia masih update pasal Rafiq & Talib. Siapa sangka rupa2nya Talib & Norma yang dimaksudkan dalam blog dia ni adalah org yang aku kenal. Of course, walopon sekejap je satu kelas & tempat kerja dgn Talib, still aku terasa sebak bila mengenangkan keadaan dia. Masa aku masih setempat kerja dgn Talib dulu, dia masih di awal percintaan dengan arwah & aku boleh rasa love is in the air whenever Talib bercerita pasal arwah. Berseri-seri muka dia :) Tapi apekan daya, Allah sayang Norma...Al-Fatihah buat Norma :'(


Eh! Eh! ni nak cerita pasal orang ke pasal blog?? Ekekeke!


4) Redmummy - redmummy.com
~ Ni pon adelah salah satu blog yang boleh la nak dilayan. RM ni kebanyakkan suka cerita pasal anak2, family, shopping activity dia. 


5) Mai Korner - http://maikorner.blogspot.com
~ Tuan Tanah blog ni sekarang berada di USA. Blog beliau lebih mengisarkan tentang anak dara nya yang sangat comel, Aiyu. Comel gila okeh! Memang enjoy tengok gambar2 dan cara penulisan Tuan Tanah blog ni.


6) Blog Saya Hot http://heavilyspiced.blogspot.com/
~ Ok. Kat belog ni banyak resipi utk baby. Best! Very informative! And of course la ade gambar anak dara Tuan Tanah blog ni jugak, named Maryam. Comel gila gak okeh! Yang aku suka pasal blog ni kan, selalunya bila dia masak, mesti makanan utk Maryam & mak bapak nye mesti sama, beza nya yang utk Maryam tu baby style la. Takde garam bagai. Aku suke tgk cara dia sediakan makanan utk anak dia.


7) Realiti Konspirasi zackzukhairi.blogspot.com
~ Blog ni sangat la best! Cara penulisan, dengan lukisan dia...mmg epic, pada aku la. Tapi mamat ni dah lama sangat tak update belog dia. Nape ntah!


8) Proud Duckhttp://www.proudduck.com/
~ Educated, kaya, business woman yang berjaya. Cukup lengkap pekej pada dia. Love her blog much!

No comments:

Post a Comment

^wut say you^