Thursday, July 28, 2011

Of 3rd Trimester

Syukur Alhamdulillah.
Tak sangka aku dah sampai ke tahap ni.
Rasa macam sekejap sangat je.
Tau tau kang dah nak terberanak.


Tapi kadang-kadang tu terlintas kat hati ni,


'dah ready ke aku ni nak beranak?'
'boleh ke aku tahan contraction nanti?'
'alert ke telinga aku ni nanti tengah2 malam anak nanges nak susu?'


Macam-macam!
Especially tang tahan sakit contraction tu, berdebar-debar bila pikir.
Sakit perut sikit pun dah menonggeng!
He'eh!


Sabtu ni insyaAllah aku akan join kelas pre-natal kat Hospital Tawakal.
En.Hubby akan join.
InsyaAllah nanti apa2 aku akan buat review pasal pre-natal class tu.
Harap-harap kelas tu tak akan membuatkan aku mengantok la.
Kelas bermula dari pukul 9 pagi sampai 1 petang.




Baby sekarang sangat aktif waktu malam, especially lepas dinner & waktu nak tidur.
Sampai tahap asyik nak terkencing je.
Egegegegeg!
Pastu sekarang ni keje aku dok melantak cempedak goreng je pas lunch.
Takpe ke makan cempedak bebanyak???
Ada orang cakap nanti masa breastfeed baby, baby muntah?
Erk! Yeke?

Tuesday, July 26, 2011

3D/4D Ultrasound ~ the review

Hi u olls!


Harini nak buat review sket pasal 3D/4D Ultrasound.
Haritu dah kate nak buat kan, so arini aku nak tunaikan lah.
Aku nak buat lam point form je utk review kali ni.
Skang kan trend buat gitu.
Ihiks!


~ lokasi : PJ Women Specialist & Family Clinic,177, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Selangor [click for Google Maps] -  I told u, ultrasound ni dibuat di well setup clinic.



~ tarikh & waktu : 9July 2011 [Sabtu], pkol 11 am


~ sonografer : Jezzlyn


~ Durasi : plus minus 1/2 hour


~ Sampai je klinik, bagitau nama, then nurse tu soh bayar RM100. Aku cakap la aku dah bayar online. Mekasih.


~Tunggu lam 10 menet camtu sbb masa aku sampai ade satu lagi patient tgh buat 3D/4D ultrasound. Tak lama pastu nama aku kene panggil oleh cik Sonografer yang bernama Jezlynn.


~ perasaan? Eksaited + berdebar2! Mana tak nya, harini tengok anak sendiri plak. Slalunye tengok anak org laen kan. Camne la rupa anak aku gamaknye...dalam hati!



~ melangkah masuk ke bilik U/S yang romentik, hanya bertemankan  cahaya lampu ala2 lampu tido & cahaya dari monitor U/S tu je. Baring la pastu kan.


~ Jezzlyn tanye nama & EDD. Sembang2 sikit. Dia tanya dah tau ke jantina baby. Aku pon bagitau mase scan 5 bulan aritu nampak clear, masa scan 6 bulan dia 'sorok'


~ Pastu amoi tu bagitau yang kejelasan 3D/4D ni bergantung kepada air ketuban. Ok, noted.


~ bermulalah proses ultrasound ni. Start dari bahagian muka / kepala sbb nak check samada baby tgh tutup muka ke x. Baby aku...yeah! Tengah tutup muka dengan tangannye dan tak lama pastu, dengan kaki dia skali tutup muka! Adehh!


~ Puas dipujuk2, ada la sket berganjak tangan & kaki dia...Jezzlyn cakap xpe, kita scan tempat laen dulu. Maybe kejap2 lagi dia aleh la tangan tu.


~ seterusnya proses mengukur kebesaran baby. Alhamdulillah, semua ok, check jugak kot ada cliff tak, Alhamdulillah semua nya ok :) Berdasarkan graf, anakku membesar dengan sihat & kuat & normal. Ikot standard la katanyee....


~ berat baby mase tu dah 950 gram.


~ Jezzlyn tried to scan nak tengok jantina...memula baby silang kaki. Pastu bukak sket...nampak laa....nak buat 3D tak clear sgt sbb air ketuban kat bahagian bawah baby xsebanyak ketuban bahagian kepala.


~ dah captured everything kat bahagian bawah, beralih pulak ke bahagian atas ye. Alhamdulillah, baby dah alih tangan dia tapi still masih ade tangan la kat bahagian muka tu...


~ Jezzlyn cakap baby tembam! Haaa of coz la u olls! Mommy dia pon tembam! Ahaks! Idong sangatla kopipes idong mommy. Eheks! Molot cam molot daddy pon ada :)


~ Baby sangat aktif masa dah nak last2 tu...muka pusing sana pusing sini...tangan dah start bersilat bagai! Geram tengok jari jemari dia...rasa nak pegang je ;') can't wait to hold u baby...


~ hah lupa nak bagitau, semasa proses ultrasound tu berjalan, baby ada bukak mata, bukak mulut [xsure plak tgh makan ke tgh menguap] ihihihihi! Owh anak mommy!


~ selepas agak2 setengah jam, dah siap semua...thanked Jezzlyn so much! Dia suruh tunggu sekejap sbb nak print out gambar n save soft copy dalam CD.


~ tak lama tu, Jezzlyn keluar & bagi gamba hard copy & soft copy yang ade gamba2 baby & video skalik. Tak lupa jugak, Jezzlyn bagi kad dia & cakap trime kasih skali lagik ngan dia...


Pada aku, recommended la nak buat 3D/4D dekat KASIHKU SAYANGKU. Walopon kan ada je tempat laen yang boleh nampak lebih clear lagi 3D/4D Ultrasound. Mungkin sbb aku ni malas nak men-sevey banyak2 tempat, so tempat ni la yang aku pilih dan ternyata tak mengecewakan. Jezzlyn ni seorang amoi yang masih muda & lembut je. Suka cara dia interact dengan baby :)


Ok lah, tu je nak cerita. Last but not least...


Mommy & Daddy love u so much baby :)

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday - my 1st ever :)


Our lil' darling 
(^_~)v

Tuesday, July 5, 2011

3D/4D Ultrasound

Perlu ke semua tu?
Terpulang pada anda.
Pada aku takde la perlu sangat, tapi aku tersangat nak buat.
Dengar kata kalau buat di hospital / klinik agak mahal kan caj nya.
Btol ke??
Aku pon takde la tanya doc OB/GYN yang tiap2 bulan check aku tu klu dia buat brape caj nya.
Kompem berdentum dorang caj ;p
Tambahan kalau mama dengar caj yang agak berdentum, kompem dia menentang aku supaya tak yah buat.
So, baek aku buat diam2 dulu, sevey tempat yang munasabah sket harganya.
Then insyaAllah kalau clear semua, kasi surprise sama tok ok baby! :)


Menurut pencarian aku di google, aku ada jumpa dua tempat yang menawarkan khidmat 3D/4D Ultrasound dengan harga yang berpatutan. 


Yang pertama :


1) Vission College.
- aku tak pernah tanya pon berapa caj mereka. Kalau kira beberapa tahun yang lepas, katenye RM60 sahaja siap sekali dengan CD mengandungi image2 3D baby & juga 4D! Tapi sekarang aku yakin harga nya tak kurang dari RM100. 


Mula2 aku fikir nak pegi buat kat sini je memandangkan memang dah dekat dengan ofis. 
Tapi fikir2 balik, dia hanya boleh buat time office hours je. So, mule la aku mencari altenatif laen pulak.


2) Kasihku Sayangku
- ok, ini bukan buat 3D/4D Ultrasound secara maya ye. Bukannye buat melalui video cam ye. No no no! Sonografer yang berpengalaman & bertauliah yang akan menjalankan proses ultrasound tersebut di klinik persendirian mereka kalau tak silap. Apa yang anda perlu buat hanya lah dengan set kan appoinment bila2 yang anda suka, tapiii pada HUJUNG MINGGU sahaja ya. Haaa yang ni aku suka! ;p
Selain dari hari scan nya pada hujung minggu, antara sebab laen aku memilih tempat ini adalah kerana cajnya. Hanya RM100, dan anda akan dapat seperti di bawah :


~klik gambar untuk maklumat yang lebih jelas~
credit to : KASIHKU SAYANGKU

Kalau anda semua perasan, ade dinyatakan yang RM100 anda akan dipulangkan sekiranya muka baby tak nampak atau dengan kata laen, baby tutup muka sebab malu! ihikS!


Aku pon dah set kan appoinment hujung minggu ni bersamaan hari sabtu 9 July 2011. InsyaAllah pada pukul 10.30 pagi. 


Kalau tak ada apa2 aral, tempat & servis nya bagus, akan aku update kan di blog terchenta ni untuk tatapan anda semua ye. Especially yang berniat utk buat 3D/4D Ultrasound ni :)


Till then!

Monday, July 4, 2011

Ko nie nak beranak ke tak nak??

Erk! soalan ni tepat mengenai dahi aku mase keluar berlibur dgn Haizum sabtu lepas. 
Soklan tu terpacul dari mulut Ejum masa aku dok belek2 rompers yang comel2 belaka kat Street Market, The Curve. 
Memang the truth is aku blom beli satu hapa pon lagi. Accept benda2 yang aku sebutkan dalam entry yg lepas, macam breastfeeding pillow, few botol susu, bantal seketul dua yang mama dengan suka rela nye menyeponser. Itu je!



Rompers ke, booties & mittens ke, baju lubang2 ke, bip ke, semua blom beli. 
Menurut kata mama, better tunggu la 8 bulan nanti ke baru pegi shopping beli baju semua tu. 
Pada aku pulak, oleh kerana En.Hubster tersayang nak beli playpens, car seat, stroller & baby carrier pakai duit dia,senang la aku nak bincang ngan dia utk beli barang2 tu mulai dari sekarang. 
Beli sket2 la. 
Bukan beli sekali gus. 
Macam bulan ni boley la beli baby carrier [dah beli pon secara online kat littlewhiz.com sbb dorang tgk buat sale kan.]


Ada jugak orang kata, kalau boleh benda2 mcm tu, xpayah beli dulu, sbb mungkin nanti ada orang nak bagi. Tapi kan...to be honest...aku ni jenis orang yang tak suka mengharap. 
Contohnye, nanti stroller orang ni bagi,car seat orang tu bagi, baby carrier si polan ni bagi, warmer si polan tu bagi, sterilizer si polan polin bagi...nope! It is sooo not me! 
Bukan berlagak, aku tak suka mengharap sbb takut...in the end tak da pon org bagi mcm tu. 
Memang la, ada yang cakap, 'hishhh, sedara mara/kawan2 ko kedekut sangat tak bagi present kat baby ko...' No..bukan itu maksud aku. 
Pada aku, dari dulu lagi, dari aku kecik, aku tak suka depend @ mengharap pada sesapa. 
Even mak aku sendiri. 
Kalau ada orang nak bagi hadiah utk baby, maksudnya rezeki baby la. 
Kalau tak ada, at least aku dah sediakan apa yang sepatutnya. 
Takdela nak pakai baru nak menggagau sana sini. 
Frankly speaking, memang aku tak  ada high expectation akan dapat apa, dari siapa, berapa harga, blablablaa...
Nak bagi aku terima dengan penuh kesyukuran, tak bagi, tak apa.
Sebab aku dah standby apa yang patut.


Sebab laen kenapa aku lebih prefer utk beli sendiri adalah kerana contohnya la kan, ini contoh je tau! 
Contohnye : aku nak stroller Quinny lah nanti, tetibe ade orang ni ckp, 'eh ko xyah beli stroller dulu tau, aku dengan suka relanya nak sponsor stroller utk baby ko'
Ok fine, of coz la excited kan. 
Tapi katekan laaa, stroller yang di bagi tu adalah bukan Quinny
Ko ni mmg dah tergedik2 sangat nak Quinny kan macam ko je yang nak naek stroller tu. 
Tak ke frust??? Especially nye orang2 spesis cam aku ni. Tak dapat mende yang aku aim, mula la moncong sampai London!
Itu contoh laaa...motif nye adalah, dengan membeli sendiri benda2 yang kita dah aim ni, dapat mengelakkan ke-frust-an kalau katekan apa yang kita idamkan tu tak tercapai. 
'Dah nama pon hadiah, terima jelah! Banyak songeh sangat!'
Haaa itu lagi satu kata2 yang aku tak nak dengar tu. 
So baeklah aku mengelakkan dulu dari terkeluarnya ayat tu dari mulut2 orang. 
Lagi satu, lain orang laen bajetnya ye tak. 
Mungkin orang yang hadiahkan stroller tu bajetnya tak sebesar bajet ko nak beli Quinny. 
So, dengan membeli sendiri, anda dapat ukur baju di badan sendiri. 
Murah ke mahal ke, itu pilihan kita ikot bajet yang dah ditetapkan. 
Dah mata kita berkenan yang itu. Tak gitu?


Eh panjangnye membebel! Alaaahhh bukan slalu aku update blog nih :p


Berbalik kepada satu hapa pon barang baby aku tak beli lagi, yang sebenarnya lagi, aku tak tau nak start dari mana, walopon kat tenet ada beribu2 checklist yang aku boleh ikot. 
Aku tak tau nak beli saiz apa baju utk baby, walopon aku dengan sambil goyang kaki boleh google soklan camni. 
Nak beli yang newborn punya size ke, tengok mcm kecik nyeee lahaiii...
Tetiba kang keluar baby 3 kilos ke atas. 
Ada yang kata ko beli je besar2, kang dia boley pakai lama sket. 
Memang laa...buatnya baby keluar < 2 kilos...tak ke gedobos baby aku pakai baju besau2. 
Dah tu, takkan nak tunggu anak ko keluar baru nak beli baju?! Gilos! 
Takpe...tang baju baby, aku just nak ikot advise mama je lah senang. Mama knows best! :p


Tapi tang furniture, baby gears, blablablaa....aku punya decision, buweks! 
Agagagga! Boleh gitu...? 
Memula memang mama nak soh beli baby cot, playpen, blablablaa..tapi semua ikot selera dia! 
No No No! 
Yang part tu, aku nak aku punya stail. 
Bukan stail membuta tuli laa. 
Aku buat servey dulu, apa yang boleh pakai long term, yang boleh recycle balik utk next baby, insyaAllah, harga yang berpatutan.


So far barang2 yang aku aim semua nye berpatutan harganya. 
Dan memang dalam bajet. 
Macam baby carrier yang aku dah purchase dari littlewhiz.com ni :



Harga sebelum diskaun : RM 219.00
Harga selepas diskaun : RM 197.10 [Jimat RM21.90]

Lagi satu dari littlewhiz.com adelah baby car seat nie :

Harga sebelum diskaun : RM 299.00
Harga selepas diskaun : RM 239.20 [Jimat RM59.80]

My next aim adelah dari Sweet Cherry :

Playpen : Roswell Playpen [RM259.00]

Stroller : SCR1 Jogger [RM299.00]

Gambar di ambil dari : littlewhiz.com & Sweet Cherry

Kalau tengok apa yang aku aim semua murah2. 
Bukannye apa, pada mata aku, aku berkenan sangat & harganya pon berpatutan.
Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri :)
So, inilah yang termampu.
Kalau ada duit lebihan, boley simpan dekat dana baby nanti untuk kegunaan dia masa akan datang.

Ok, sebelum terlupa, littlewhiz.com sekarang tengah buat mid year sale u olls. 
Tak silap aku dari 10 June 2011 sampai 4 September 2011.

Dah panjang berjela sangat dah ni.
Kang mengantuk korang baca :p

Pen-off dulu!