Tuesday, March 19, 2013

Hidup Umpama Roda

Hidup umpama roda.
Sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah.
Bila kita kat atas, tak boleh la kita rasa terlalu selesa sebab mungkin dalam sekelip mata kita akan duduk kat bawah balik.
Bila kita kat bawah pulak, jangan la bersedih atau kecewa sebab mungkin dalam sekelip mata kita akan berada di atas pulak. 
Bila kita berada di atas, kita bersyukur.
Bila kita berada di bawah, jangan berduka dan menyerah.
Apa yang terjadi ada hikmahnya.
In Sha Allah.

Monday, December 24, 2012

Kenapa soon-2-be???

Salam semua!

Tiba-tiba harini datang mood nak bercerita camna terbukaknye blog ni & camne terpikir nak nama kan blog ni SOON-2-BE.BLOGSPOT.COM. Dah tak ada idea nak blog pasal apa, so aku pon terpikir nak cerita pasal benda ni plak.

Kisahnye mule camni...masa tu aku tengah sibuk2 nak survey pasal persiapan majlis perkahwinan. Then aku teringat, pada satu hari tu one of my friend ade suggest satu blog ni masa ktorang tgh GTALK. Tapi aku tak ingat kenapa la minah ni suggest blog tu kat aku. Korang nak tau blog sape? It is one of my favorite bride-to-be's [mase tu dia bride-to-be la, skang da ade anak pon ;)] blog iaitu sabsabby.blogspot.com. Masa tu macam kagum gila dengan persiapan dia dan sebagainya. Dan dari blog Sabby jugak lah aku kenal bride-to-be bloggers yang lain. Bila tengok dorang ni mengupdate blog dengan gigihnya pasal persiapan perkahwinan masing2, aku pon dengan gegeh nya la tergedik nak buat blog jugak. Konon nak cerita persiapan kahwin aku gak la kan, tapiii...non-hado! Egegegeg!
Ada la jugak post aku kan, tak de la mcm non-hado langsung. Tapi tak se-proper blogger lain. Tapi aku tetap bersyukur, sebab nya aku masih ade followers yang sudi baca blog picisan aku ni. 

Ok, itu ade lah secara random nye macam mana boleh terlintas dalam fikiran aku nak buat blog ni. Macam mana nama blog ni boleh jadi soon-2-be?

Aku ni memang asalnya tak kreatip langsung. Tengok dari cara aku menulis pon korang dah boleh agak yang aku ni memang tak kreatip. Tetibe plak terlintas mcm, eh aku kan soon to be my bf's wife [mase tu boipren la, skang dah jadik laki pongg]. So why not aku letak je soon-2-be.blogspot.com kan...tak semestinya soon-2-be a wife je, boleh jadi soon-2-be a mom, soon-2-be a mom for 2,3,4,5 kids...eh! 2,3,4,5 and above malas aku nak fikirkan lagi. Boleh jadi soon-2-be a grandma ke, ekekeke tu pon kalau blogger ni wujud in the next 30 years time la kan. 

Tapi apa2 pon, aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi pada followers & non-followers yang sudi singgah blog ni, siap bagi comment, ade yang hantar email direct kat aku pon ada. Alhamdulillah masih ada yang sudi membaca :)

Ok tu je nak crite ;p

Monday, December 17, 2012

Panduan...

Salam semua!

This is a real quick post.
Just wanna share bout this super duper awesome & knowledgeable blog.
Good for us as a parent & of course for others too :)

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com

Credit to http://heavilyspiced.blogspot.com/2012/12/ilmu-baru.html sebab memperkenalkan blog tersebut pada pembaca beliau.

:)

Thursday, July 5, 2012

Seriously aku cari benda ni

Serious!
Aku memang tengah cari kasut ni utk anak teruna kesayangan aku tu.
Kalau la ade mane2 seller out there yang jual barang2 baby tu yang masih jual kasut2 ni, tolong laaaaaaaa jual kat aku.
Please!

Mothercare Outdoor Baby Shoe - Design 42

Dan yang paling aku dambakan sangat adelah yang ini :


Mothercare Supra Design Shoe / Boys Funky Blue Supra Shoe

Dah cuba cari merata.
Ade yg ade stok tapi size plak tak kena.
Ade yang memang tak de stok langsung.
Ade tu aku dah siap bayar, tapi last minit kata dah rosak plak.
Ni pon tgh tunggu dia refund balik duit.
Aku punya la dah berangan bagi anak teruna tu pakai kasut ni, tup tup rosak plak.
Alah...takde rezki kan.
Nak buat cemana :)

So tolong ye kawan2 di luar sana.
Kalau ade yg jual/ternampak org jual kasut dua2 ni, inform me please...!

Mekaseh in advance :)

9 bulan sudah...

Sekejap nye masa berlalu.
Tau tau je anak teruna kesayangan buah hati pengarang jantung aku dah masuk 9 bulan harini.
Semakin cargas tak tau la nak kata apa.
Gigi baru naik sebatang,gigi bawah.
Dah mula menapak 2-3 langkah pastu gedebuk! Jatuh!
Sepantas kilat bangun balik!
Fuhhhh!
Kurus mommy okeh!
Yeke kurus??
Makin kembang setaman je rasenye ni.
T_T


Bila anak teruna masuk je 9 bulan,tak pasal2 aku yang emo.
(tak abes2 emo)
Bila tengok balik gambar2 Harith dari baby sampai la yg paling latest punye gamba,berjurai2 air mata T_T
Tiba-tiba aku rindu sangat my BABY Harith.
Memang skang dia still consider sebagai baby.
Maksud aku masa dia mula2 lahir dulu.





;')


Tula,dulu masa dia kecik,kita dok sibok nak dia cepat besar.
Ternanti2 bila la dia nak pandai gelak terkekek-kekek la,bila nak pandai bersembang la,bila nak pandai berjalan la,bila itu bila ini.
Nah! Skang bila da besar,rindu yg amat zaman Harith masa baby dulu.
T_T
Cemane tuh??


But whatever it is, I am now more than happy dapat tgk depan mata setiap perkembangan dia.
Dapat tgk dia membesar dengan sihat & jayanya dengan perangai yg macam-macam ditambah lagi dengan akal yg semakin cerdik, hanya syukur ya Allah yang mampu aku lafazkan.


Semoga anak mommy menjadi anak yg soleh,berjaya dunia & akhirat,jadi insan yg berguna pada agama,bangsa & negara, taat pada Allah,Rasul,mommy, daddy & keluarga. Ameen ameen ya rabbal alameen!







Anak bujang kesayangan ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 1, 2012

Looking for a Private Nurse?

Salam.
Ok kengkawan.
Iklan kejap ye.


Hi! I am a private nurse. Currently , living in Sentul,KL with my family. Planning to offer my services to parents who would like to have a break from caring your new born babies at your own crib. With almost 30 years of experiences in Maternity line & working with VIPs, I believe I am the right person that you are looking for. 


Feel free to call me at 016-6172827 for further inquiry.


Picture Credit : google.com


Bukan aku ye yang nurse ni.
Aku tolong je puan nurse yang sebenar utk mengiklankan.
Ye betol, puan nurse ni dah berkerja sebagai nurse almost 30 years, dok kat Maternity je.
She's an expert la bab-bab baby ni.
Dan jugak banyak pengalaman berkerja di rumah VIPs, VVIPs, artistes [not to mention la sape...]
Dan kebanyakkan mereka mula2 nak puan nurse ni jaga baby mereka lam 2-3 bulan je, tiap2 malam.
Tapi sebab kepuasan hati patients yang amat sangat, kebanyakkan mereka siap extend the private nursing service with puan nurse ni paling lama sampai baby mereka berumur dua tahun!
Terpulang pada patients tu sendiri la.
Tapi aku berani jamin yang puan nurse ini kerja nya sangat tip top to the max!
Bukan nak memuji lelebih, tapi itulah realitinye & aku tengok sendiri depan mata.
That's it.
Pada sapa2 yang berminat & kot nak rekemen kat sapa2, please feel free to call puan nurse directly ye.

But please bear in mind, charge / pekej yang ditawarkan tu setimpal dengan kerja.
Memang la ade yg cakap, 'eh, datang jaga duduk bagi susu, tukar lampin, bagi mandi, pon caj banyak tu ke???'
Tolong faham, bukan senang nak jaga baby.
Pada yang jaga anak sendiri tu, tau la cemana kan nak kene bersengkang mata nak bagi susu kat anak setiap brape jam, tido tak cukup, segala bagai kan.
Lagi2 kalau baby tu perlukan extra care, lagi laaa bukan senang.
Ni nak jaga anak orang tau, bukan jaga anak kucing.
Bayaran / pekej tu memang setimpal dengan hasil kerja puan nurse.
Memang sebenarnye kan kebanyakkan nye  VIPs, VVIPs, artistes  yang hired puan nurse ni, tujuan diorang hire private nurse ni sebab mereka ni nak cukup tido di tengah malam, sebab esoknya nak berjaga nak berurut la nak susu anak la itu la ini la tanak muka sembap la sebab tak tido malam.
Itu diorang la.
Orang kebanyakkan mcm kita ni, pandai2 la ko!
Ekekekek!

Whatever the reasons, terpulang pada individu.
Kalau mampu, ape salahnye :)

Ok lah, lebih2 plak cerita.
Tak dapat komisen ponnnn!
Ehehehhe!

Da!!

Sunday, June 17, 2012

My Fave

Perasaan nak menaip membuak2.
Tapi tak tau nak taip ape.
Tetiba dapat idea. 
Tenggg!


Harini aku nak bercerita pasal BLOG / WEBSITE yang aku suke baca & akan aku lawat setiap hari.
Selain dari blog list yang aku follow yang ade di sebelah kanan blog ni, there's another blogs yang aku suke je nak menerjah di waktu lapang. 
Mari kita mulakan, sekarang!
Sebelum tu, Facebook ke Gmail ke Yahoo! ke aku tak masuk skali la ye.
Ni bukan susunan ikot fevret ye. 
Aku buat randomly je.
Lagi satu, post ni bukan post nak kipas bontot ke, promo ke ape.
Aku saja suka2 nak post pasal ni.


1) Beautifulnara - beautifulnara.com
~ BN ni sapa tak tau, kalau nak mengikuti perkembangan donia hiburan, gosip-gosip segala mak nenek bagai, boleh je layan BN ni. Aku preferred BN instead of Rotikaya, OhBulan!, dll adelah sebab BN nye layout ni simple, senang & pleasure utk dibaca. 


2) Peej Burhanpeejburhan.blogspot.com
~ For me she's one of the famous blogger gak kat alam Blogger ni. Blog dia sempoi. Nak kata informative sangat tu tak de la. Aku just suka cara Peej ni. Cara dia bercerita. I would say, dia tak hipokrit. Dia rasa nak smoke, dia smoke. I believed her intention is bukan utk menunjuk2 yg dia pompuan merokok ke ape, it's just her being herself. Sebab tu aku suka baca blog dia. Ntahlah! Memang aku suka lah baca blog dia ni :p


3) Miera301 - miera301.blogspot.com
~ Segala2nya bermula bila aku dapat tau yang Tuan Tanah blog ni adelah kakak ipar kepada ex-course-mate & ex-colleague aku, iaitu Talib suami kepada arwah Norma. Beliau dulu selalu update pasal keadaan arwah Norma & even sekarang arwah dah tak ada, dia masih update pasal Rafiq & Talib. Siapa sangka rupa2nya Talib & Norma yang dimaksudkan dalam blog dia ni adalah org yang aku kenal. Of course, walopon sekejap je satu kelas & tempat kerja dgn Talib, still aku terasa sebak bila mengenangkan keadaan dia. Masa aku masih setempat kerja dgn Talib dulu, dia masih di awal percintaan dengan arwah & aku boleh rasa love is in the air whenever Talib bercerita pasal arwah. Berseri-seri muka dia :) Tapi apekan daya, Allah sayang Norma...Al-Fatihah buat Norma :'(


Eh! Eh! ni nak cerita pasal orang ke pasal blog?? Ekekeke!


4) Redmummy - redmummy.com
~ Ni pon adelah salah satu blog yang boleh la nak dilayan. RM ni kebanyakkan suka cerita pasal anak2, family, shopping activity dia. 


5) Mai Korner - http://maikorner.blogspot.com
~ Tuan Tanah blog ni sekarang berada di USA. Blog beliau lebih mengisarkan tentang anak dara nya yang sangat comel, Aiyu. Comel gila okeh! Memang enjoy tengok gambar2 dan cara penulisan Tuan Tanah blog ni.


6) Blog Saya Hot http://heavilyspiced.blogspot.com/
~ Ok. Kat belog ni banyak resipi utk baby. Best! Very informative! And of course la ade gambar anak dara Tuan Tanah blog ni jugak, named Maryam. Comel gila gak okeh! Yang aku suka pasal blog ni kan, selalunya bila dia masak, mesti makanan utk Maryam & mak bapak nye mesti sama, beza nya yang utk Maryam tu baby style la. Takde garam bagai. Aku suke tgk cara dia sediakan makanan utk anak dia.


7) Realiti Konspirasi zackzukhairi.blogspot.com
~ Blog ni sangat la best! Cara penulisan, dengan lukisan dia...mmg epic, pada aku la. Tapi mamat ni dah lama sangat tak update belog dia. Nape ntah!


8) Proud Duckhttp://www.proudduck.com/
~ Educated, kaya, business woman yang berjaya. Cukup lengkap pekej pada dia. Love her blog much!