Monday, December 24, 2012

Kenapa soon-2-be???

Salam semua!

Tiba-tiba harini datang mood nak bercerita camna terbukaknye blog ni & camne terpikir nak nama kan blog ni SOON-2-BE.BLOGSPOT.COM. Dah tak ada idea nak blog pasal apa, so aku pon terpikir nak cerita pasal benda ni plak.

Kisahnye mule camni...masa tu aku tengah sibuk2 nak survey pasal persiapan majlis perkahwinan. Then aku teringat, pada satu hari tu one of my friend ade suggest satu blog ni masa ktorang tgh GTALK. Tapi aku tak ingat kenapa la minah ni suggest blog tu kat aku. Korang nak tau blog sape? It is one of my favorite bride-to-be's [mase tu dia bride-to-be la, skang da ade anak pon ;)] blog iaitu sabsabby.blogspot.com. Masa tu macam kagum gila dengan persiapan dia dan sebagainya. Dan dari blog Sabby jugak lah aku kenal bride-to-be bloggers yang lain. Bila tengok dorang ni mengupdate blog dengan gigihnya pasal persiapan perkahwinan masing2, aku pon dengan gegeh nya la tergedik nak buat blog jugak. Konon nak cerita persiapan kahwin aku gak la kan, tapiii...non-hado! Egegegeg!
Ada la jugak post aku kan, tak de la mcm non-hado langsung. Tapi tak se-proper blogger lain. Tapi aku tetap bersyukur, sebab nya aku masih ade followers yang sudi baca blog picisan aku ni. 

Ok, itu ade lah secara random nye macam mana boleh terlintas dalam fikiran aku nak buat blog ni. Macam mana nama blog ni boleh jadi soon-2-be?

Aku ni memang asalnya tak kreatip langsung. Tengok dari cara aku menulis pon korang dah boleh agak yang aku ni memang tak kreatip. Tetibe plak terlintas mcm, eh aku kan soon to be my bf's wife [mase tu boipren la, skang dah jadik laki pongg]. So why not aku letak je soon-2-be.blogspot.com kan...tak semestinya soon-2-be a wife je, boleh jadi soon-2-be a mom, soon-2-be a mom for 2,3,4,5 kids...eh! 2,3,4,5 and above malas aku nak fikirkan lagi. Boleh jadi soon-2-be a grandma ke, ekekeke tu pon kalau blogger ni wujud in the next 30 years time la kan. 

Tapi apa2 pon, aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi pada followers & non-followers yang sudi singgah blog ni, siap bagi comment, ade yang hantar email direct kat aku pon ada. Alhamdulillah masih ada yang sudi membaca :)

Ok tu je nak crite ;p

No comments:

Post a Comment

^wut say you^